31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, August 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gelak Netizen Mendengar Jawapan Lucu Nada Soffea Apabila Ditanya Tentang Pilihan Untuk Kahwin Lain

    Shopee Sale



    Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro, berkongsi sebuah rakaman video memaparkan reaksi anak perempuannya, Nada Soffea ketika dia meluahkan hasrat untuk berkahwin lain.

    Nada ikut ibu

    Menerusi video tersebut, Ajak meminta pendapat daripada anak gadisnya itu berhubung hasrat untuk berkahwin lain.

    Ternyata, respons yang diberilkan oleh Nada berjaya mencuri perhatian netizen.

    Ajak: Baba nak kahwin lagi.

    Nada: Betul?

    Ajak: Apa pendapat Nada?

    Nada: Hari tu masa apa Nada cakap, baba nak kahwin lain ibu kata ibu tak kisah. Jadi maksudnya ibu bosan dengan baba.

    Ajak: Kalau ibu bosan maksudnya apa? Maksudnya boleh.

    Nada: Bukan boleh, dia macam alah pergilah tak kisah.

    Ajak: Tapi Nada?

    Mana taknya, Nada menjawab dia akan mengikut ibunya bersama suami baru sekiranya Ajak berkahwin lain.

    Nada: Nada ikut ibu.

    Ajak: Ikut ibu apa? tak kisah juga?

    Nada: Tak, Nada bukan tak kisah. Nada ikut ibu pergi dengan suami ibu yang lain. Kalau baba boleh buat, ibu pun boleh buat.

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Ajak dan Nada. Netizen turut memberi pujian buat Nada kerana bijak mengatur ayat ketika menjawab pertanyaan bapanya itu.

    MENARIK:  Didie Alias, Haniff Hamzah & Riena Diana Galas Tugas Sebagai Hos ABPBH 36! Elak Sentuh Isu Sensitif Atas Pentas

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah