27.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gambar Korang Kini Lebih Sempurna Dengan Keupayaan Magic AI Terbaru Pada Siri HONOR 200

    Shopee Sale



    Semua orang tahu HONOR tidak pernah gagal dalam menghasilkan telefon pintar yang melengkapi gaya hidup moden terkini.

    Terbaru, melalui siri HONOR 200 mereka memperkenalkan keupayaan Magic AI istimewa untuk menambah baik pengalaman fotografi korang!

    Haa.. Walaupun hanya menggunakan smartphone, tapi gambar korang gerenti lebih cantik dan sempurna lepas ini setanding gambar profesional!

    Berikut merupakan ciri istimewa yang menjadi kegemaran kami:

    AI Eraser

    Kalau korang tonton TikTok Awards Malaysia pada malam 11 Ogos yang lalu, korang mesti sempat tengok Dahlia Rizal demo secara langsung  macam mana ciri AI Eraser pada siri HONOR 200 dapat menghapus objek yang tidak diingini dalam gambar dengan mudah.

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

    Power kan? Macam magic, hanya dengan satu tap dan dalam beberapa saat je korang dah boleh hilangkan apa-apa sahaja objek tidak diingini dalam gambar korang!

    Ciri istimewa ini bakal diperkenalkan kepada pengguna melalui kemas kini terbaru bermula pertengahan September nanti.

    Bokeh Adjustment 

    Kesan bokeh atau kabur pada gambar kini boleh dicapai dengan mudah melalui ciri bokeh adjustment yang membolehkan pengguna untuk menambah efek kabur hanya dengan menyesuaikan fokus dan apertur pada kamera mereka.

    Hasilnya? Tentulah korang akan dapat gambar yang setanding dengan kamera profesional!

    Haa.. Bolehlah korang hasilkan lebih banyak foto kreatif lepas ini tanpa perlu berbelanja besar untuk dapatkan kamera mahal.

    AI Group Photo Enhance

    Pernah tak member korang merajuk sebab korang muat naik gambar berkumpulan tapi muka dorang serba tak kena dalam gambar itu?

    Dah jangan risau, sebab lepas ini semua orang akan nampak sempurna dalam gambar wefie atau gambar berkumpulan dengan keupayaan teknologi Multi Frame Synthesis sebab ia berupaya membetulkan sebarang ‘kecacatan’ secara pintar tanpa perlu korang edit pun.

    Contohnya, kalau ada mata seseorang yang terpejam dalam gambar berkumpulan. Keupayaan ini akan membetulkannya secara automatik demi menghasilkan gambar yang sempurna.

    Lepas ini nak ambil gambar potret keluarga untuk raya dan sebagainya dah semakin mudah dengan siri HONOR 200!

    Hasil kolaborasi bersama Studio Harcourt dari Paris, membohlekan pengguna untuk mengambil gambar potret dengan kualiti setaraf studio hanya dengan berbekalkan sebuah telefon pintar.

    Tapi ini bukan sebarangan telefon pintar tau, sebab siri ini didatangkan dengan kamera utama 50MP. Model Pro pula dilengkapi dengan sensor H9000 1/1.3-inci, sementara model standard menggunakan sensor Sony IMX906 untuk gambar yang jauh lebih jelas, stabil dan memukau.

    Dilengkapi pemproses Snapdragon 8s Gen3 & Bateri tahan yang lama

    Bila dah ada keupayaan Magic AI mesti korang akan lagi aktif untuk ambil gambar kan? Maknanya bateri akan lagi cepat habis ke?

    Haa… Menariknya siri HONOR 200 turut dilengkapi bateri tahan lama berkapasiti 5200mAh, jadi korang bebas berkreativi dalam jangka masa yang lebih lama.

    Sistem pengecasan juga lebih hebat dengan teknologi pengecasan berwayar 100W HONOR SuperCharge. Sementara, Varian Pro menyokong pengecasan tanpa wayar 66W HONOR SuperCharge Wireless.

    Siri HONOR 200 juga didatangkan dengan pemproses Snapdragon 8s Gen3 (Pro) dan Snapdragon 7 Gen 3 (standard) serta dilengkapi dengan paparan AMOLED 120Hz.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah