
Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki warga emas ditahan polis selepas disyaki merogol seorang gadis orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran dalam satu kejadian pada Ahad lalu.
Warga emas rogol

Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, perbuatan keji berkenaan dipercayai telah dilakukan oleh suspek berulang kali, namun hanya terbongkar baru-baru ini selepas mangsa akhirnya tampil mendedahkan kejadian sebenar yang dialaminya.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, ketiadaan gadis berusia 27 tahun itu mula disedari oleh ibunya sekitar jam 6 petang. Bimbang akan keselamatan anaknya, wanita tersebut bertindak pergi ke rumah suspek bersama rakan kepada mangsa.
Namun alangkah terkejutnya apabila wanita itu melihat anak perempuannya berada dalam keadaan bogel di bilik mandi kediaman suspek yang juga merupakan sepupunya.
Mangsa menceritakan kepada rakannya suspek yang dipanggil ‘Pak Long’ itu membuka baju dan merogolnya.
Kejadian terakhir berlaku di ruang tamu rumah berkenaan pada Ahad lalu dan ia dipercayai berlaku lebih daripada sekali
Tetapi mangsa tidak dapat nyatakan berapa kali berlaku dengan suspek kerana berstatus OKU masalah pembelajaran sejak kecil serta tidak mampu beri keterangan yang jelas.
Suspek yang menganggur tinggal bersendirian di rumah tersebut, manakala isteri dan anaknya menetap di Georgetown.
Mangsa, anak sulung daripada tiga beradik yang tidak pernah bersekolah, tinggal bersama ibu dan keluarganya. Difahamkan, dia ke rumah suspek seorang diri dengan berjalan kaki selepas ahli keluarganya keluar bekerja.
Susulan daripada kejadian itu, mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi rawatan lanjut dan suspek yang mengaku akan perbuatannya itu juga sudah ditahan pada hari yang sama.





