28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fizi Ali Nafi Ameena Jatuh Sakit, Minta Ruang Untuk Fokus Kepada Umrah – ‘Dugaan Apa Yang Korang Mengata Saya Sekeluarga?’

    Shopee Sale

    Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali menyangkal dakwaan yang mengatakan anaknya, Ameena Sofia jatuh sakit dalam tempoh sembilan hari sepanjang mereka mengerjakan ibadah umrah.

    Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Tahu Anak Sakit Dari IG – ‘Boleh Update Di Media Sosial, Tapi Tak Boleh Update Saya Sebagai Ibu Kandung’

    ‘Ameena sihat sahaja’

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Fizi, 36, menegaskan, Ameena berada dalam keadaan sihat. Sebaliknya, yang sakit adalah anaknya yang lain.

    Hari terakhir di Makkah, dugaan apa yang korang duk mengata saya sekeluarga? Ameena sihat-sihat sahaja, tak sakit pun. Anak lain yang sakit.

    Dalam pada itu, Fizi turut menjelaskan mengenai dakwaan tidak menghubugi bekas isteri, Shakilla Khoriri bagi berkongsi perkembangan Ameena.

    Menurut Fizi, anak kecil itu sendiri yang tidak mahu menghubungi ibunya.

    Kenapa tak call? Kami benarkan sahaja Ameena call atau video call, Ameena yang tak minta untuk call dan yang mak dia (Shakilla) kenapa tak call?

    Sebelum ini boleh sahaja mesej atau call terus Ameena. Kenapa nak jadikan isu? Takkan semua nak saya beritahu. Dekat sini nak kena uruskan tiga orang anak dan seorang isteri.

    Enggan menjadikan isu lebih besar, Fizi memohon maaf jika ada salah daripada pihaknya.

    Hari-hari penuh aktiviti, perkara mudah kenapa nak sulitkan. Kalau ada salah daripada pihak kami, kami minta maaf. Izinkan kami habiskan sikit lagi hari-hari umrah dengan tenang.

    Terdahulu, Shakilla mengakui berkecil hati dengan tindakan Fizi yang tidak menghubunginya untuk berkongsi tentang khabar Ameena sepanjang berada di Tanah Suci.

    MENARIK:  Halim Yazid Kini Berkahwin Dengan Peminat Berusia 21 Tahun: Tiada Perselisihan Antara Isteri Pertama Dan Kedua

    Shakilla berkata, sejak Ameena tiba di Makkah, dia tidak menerima sebarang perkembangan dan perlu melihat menerusi hantaran di sosial media.

    Sumber: Instagram

    The post Fizi Ali Nafi Ameena Jatuh Sakit, Minta Ruang Untuk Fokus Kepada Umrah – ‘Dugaan Apa Yang Korang Mengata Saya Sekeluarga?’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah