27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Filipina Juara Eurovision 2026, Malaysia Raih Tempat Keempat

    Shopee Sale

    Penyanyi dari Filipina, Carmelle, dinobatkan sebagai juara Eurovision Song Contest Asia 2026 yang berlangsung di One Bangkok Forum, Bangkok, Thailand, pada malam Sabtu.

    Artikel Berkaitan: Eurovision 2026: Aina Abdul Seru Rakyat Malaysia Beri Sokongan – ‘Tak Kisahlah Anda Minat Saya Atau Tidak’

    Artikel Berkaitan: Eurovision 2026: Aina Abdul Gementar Jadi Penutup, Netizen Titip Kata Semangat – ‘Save The Best For Last’

    Tempat keempat

    Sementara itu, Thailand menduduki tempat kedua dengan meraih 170 mata, berbanding Filipina yang memperoleh 211 mata.

    Manakala, Vietnam menduduki tempat ketiga dengan kutipan 164 mata, diikuti Malaysia di tempat keempat dengan 152 mata.

    Pada persembahan tersebut, Aina menerima undian tertinggi daripada juri iaitu 12 mata masing-masing daripada Filipina dan Mongolia, 10 mata masing-masing daripada Laos dan Thailand, serta 8 mata daripada Korea dan Kemboja.

    MENARIK:  ‘Kita Tak Tahu Siapa Pergi Dulu..Mungkin Kau Yang Akan Tutup ‘Papan’ Aku, Atau Aku Yang Tutup ‘Papan’ Kau’ – Shuib

    Terdahulu, Aina yang mewakili Malaysia menutup saingan Eurovision Song Contest Asia 2026 dengan membuat persembahan pada urutan ke-11.

    Selain Malaysia, pertandingan tersebut turut disertai oleh wakil negara Vietnam, Kemboja, Laos, Mongolia, Bhutan, Filipina, Bangladesh, Thailand, Korea Selatan dan Nepal.

    Eurovision Song Contest Asia 2026 bersiaran secara langsung pada 14 November ini di TV3 dan boleh juga disaksikan di Tonton.

    Sumber: Yotube Eurovision Asia

    The post Filipina Juara Eurovision 2026, Malaysia Raih Tempat Keempat first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah