28.1 C
Kuala Lumpur
Monday, August 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Filem Mantera Angkat Kisah Amalan Tradisi Kaum Dusun Di Sabah, Bakal Menemui Penonton 24 April Ini

    Shopee Sale



    Mengangkat kisah seram, filem Mantera berkait rapat dengan amalan kuno yang masih lagi diamalkan sehingga sekarang.

    Kisah ‘Bobolian’

    Pengarah, Chester Pang berkata, Mantera adalah inspirasi daripada kisah ‘Bobolian’ dan berasa terpanggil untuk berkongsi dengan orang ramai tentang kewujudan amalan tradisi lama kaum Dusun di Sabah yang kini sudah jarang diamalkan.

    Boleh dikatakan tidak ramai mengetahui tentang tradisi lama amalan ritual yang dilakukan oleh ‘Bobolian’ sebagai ketua adat serta menjadi perantara dan pengimbang antara dua alam iaitu alam nyata (manusia) dan ‘kinohiringan’ (dewa).

    Jadi, saya merasakan kisah mengenai Bobolian atau bomoh kaum Dusun ini agak menarik untuk diangkat menjadi sebuah filem.

    Mantera menampilkan barisan pelakon popular iaitu Syafie Naswip dan Namron serta pelakon kelahiran Sabah seperti Jovenia Jim, Wedylin Batala dan Larry Noh.

    Ujarnya lagi, filem terbaharu arahannya itu tidak hanya sarat dengan babak seram malah turut memaparkan ritual-ritual yang dilakukan oleh ‘Bobolian’ serta menunjukkan elemen roh jahat dalam norma kehidupan masyarakat.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Puji Opai Panggil Anak-Anak Tiri ‘My Son’ & ‘My Princess’ – ‘Macam Darah Daging Sendiri, Nampak Dia Tulus Menerima’

    Menceritakan kembali, pengarah berkenaan yang juga merangkap penerbit mengakui telah berlaku dua kejadian yang menyeramkan ketika penggambaran berlangsung pada Februari 2024 di Tambunan, Apin-Apin dan Kota Belud.

    Yang pertama ketika babak memanggil roh di sebuah balai raya apabila pelakon utama wanita dan seorang pelakon pembantu wanita telah dirasuk, namum berjaya dikawal oleh seorang guru silat yang secara kebetulan berada di lokasi penggambaran.

    Insiden yang kedua pula apabila seorang kru telah terjatuh ke dalam gaung dan mendakwa dirinya seperti ditarik sesuatu.

    Malah, insiden berkenaan turut disaksikan Syafie Naswip dan Namron.

    Filem tersebut akan menemui peminat pada 24 April depan di pawagam.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah