29.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Filem Felino Angkat Kisah Kucing Jalanan, Bakal Mula Penggambaran Ogos Ini

    Shopee Sale



    Industri perfileman tempatan bakal menyaksikan kelahiran sebuah karya unik yang menggabungkan elemen aksi dan kisah kucing jalanan menerusi filem Felino.

    Filem Felino

    Filem keluaran Art Ornament Sdn Bhd dan Heartwork Picture Sdn Bhd ini bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi turut membawa mesej mendalam mengenai peranan kucing jalanan dalam membentuk sahsiah dan keperibadian masyarakat.

    Filem ini menampilkan Dato’ Adi Putra sebagai watak antagonis dan Shaheizy Sam sebagai watak protagonis, yang akan memberi gambaran positif terhadap kucing serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai nasib haiwan jalanan. Selain itu, filem ini turut dibintangi oleh Fify Azmi, Andy Teh, dan ramai lagi pelakon hebat.

    Ketika ditemui Penerbit Eksekutif iaitu Aida Othman dan rakan kongsi, Iqbal Mazlan berkata, idea untuk menghasilkan filem ini mula tercetus pada tahun 2023, ketika dirinya mengalami masalah penglihatan dan tidak dapat menguruskan 18 ekor kucing peliharaannya.

    Ketika itu, Aida membantu menghantar kucing-kucing saya ke pusat perlindungan. Dari situ, kami mula terfikir untuk menghasilkan filem yang mengangkat kisah kucing, tetapi dalam genre aksi.

    Pihak produksi telah menawarkan watak utama kepada Shaheizy Sam dan Dato’ Adi Putra sejak dua tahun lalu. Namun, ketika itu, jadual mereka terlalu padat.

    Tapi masa tu pun jalan cerita pun tak berkembang. Aturan memang cantik sebab lepas dah ada jalan cerita yang terperinci, jadual kerja barisan pelakon pun tak sibuk.

    Kami tak sangka sebenarnya, risau juga dari segi bajet dan sebagainya terutamanya bila membabitkan nama-nama besar. Dua tahun lepas memang kami risau tapi sekarang alhamdulillah.

    Anggaran bajet untuk filem ini adalah RM 3 hingga 4 juta. Kami tak nak keluarkan bajet terlalu besar sebab ini filem pertama syarikat kami dan tak nak terlalu rendah, takut beri kesan kepada kualiti.

    Penggambaran filem Felino dijadualkan bermula pada Ogos tahun ini dijangka menemui penonton pada tahun hadapan. Penerbit kerjasama Felino adalah Mr Yogisan dan pengarah, Areel Abu Bakar.

    MENARIK:  Alfie Zumi Terkejut Boxer Penuh Darah, Syak Kena Ilmu Pengasih? – ‘Takkan Dari Punggung Aku?’

    Nantikan filem Felino, sebuah karya yang menggabungkan aksi dan kisah kemanusiaan terhadap haiwan jalanan dalam satu naskhah menarik.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah