Personaliti media sosial, Fila Amir tampil membalas pertanyaan seorang warganet yang mempersoalkan tentang rupa paras anaknya.
Artikel Berkaitan: Suami Fila Amir Beli Rumah Mewah – ‘Sebab Baby Kita Dapat Banyak Rezeki’
Artikel Berkaitan: Lima Tahun Usaha Dengan IVF, Fila Amir & Suami Akhirnya Timang Cahaya Mata Perempuan
Soalan netizen
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Nurafilah Amir Rusdi itu mendedahkan komen daripada seorang warganet yang mendakwa wajah anaknya tidak serupa seperti suaminya, Adama.
Tidak berdiam diri, Fila kemudian mempertahankan anaknya dengan menegaskan bahawa rupa paras yang dimiliki cahaya matanya itu adalah ciptaan yang Maha Esa.
Soalan pun, macam kita tuhan pula. Manalah kita tahu, itukan semua ciptaan Allah.
Tapi siapa cakap tak sama? Letak gambar Adama sebelah gambar Assara, sebijik je.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berkata, ia merupakan perkara normal kerana wajah kanak-kanak akan berubah apabila mereka kian membesar.
Dalam masa yang sama, mereka turut menasihati pasangan tersebut untuk mengabaikan komen-komen negatif seperti itu.
Sumber: TikTok Fila Adama
The post Fila Amir Bidas Netizen Persoal Wajah Anak Tak Sama Dengan Suami – ‘Macam Kita Ini Tuhan Pula’ first appeared on OHBULAN!.



mcm kita Tuhan plk, manalah kita tau. kan semua tu ciptaan Allah
tp siapa ckp tksama? letak gambar Adama sebelah gambar Assara, sebijik ja 

