27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    FFM35: FINAS Bangga Dengan Pencapaian Filem Tempatan, 10 Karya Berjaya Raih Lebih RM10 Juta Kutipan

    Shopee Sale

    Penganjuran Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) dilihat mampu menjadi pemangkin kepada perkembangan industri perfileman tempatan, terutama ketika karya anak seni negara semakin mendapat tempat dalam kalangan penonton.

    Artikel Berkaitan: FFM35: Himpunkan Bintang Filem Bersama Mahasiswa, AR Badul & Sweet Qismina Antara Yang Meriahkan Forum Pesona Sinema

    Kutipan membanggakan

    Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, perkembangan positif itu dapat dilihat menerusi pencapaian kutipan pawagam apabila lebih 10 filem tempatan berjaya meraih kutipan melebihi RM10 juta sepanjang tahun ini.

    Menurutnya, pencapaian berkenaan sekali gus memenuhi sasaran yang ditetapkan FINAS pada awal tahun, selain membuktikan peningkatan dari segi mutu penerbitan, kekuatan penceritaan dan kualiti lakonan.

    Alhamdulillah, industri filem dan televisyen negara semakin berkembang, bukan sahaja dari segi kualiti pembikinan, malah kekuatan penceritaan dan mutu lakonan.

    Jika dahulu hanya dua atau tiga filem setahun mampu mencatat kutipan melebihi RM10 juta, tahun ini kita berjaya mencapai sasaran lebih 10 filem. Pencapaian ini membuktikan karya tempatan semakin berkualiti, diterima penonton dan mempunyai potensi untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

    Azmir berkata, peningkatan mutu filem tempatan turut diakui barisan juri FFM35 yang berdepan persaingan sengit untuk menentukan karya terbaik dalam setiap kategori.

    Malah, penerimaan positif terhadap kandungan tempatan menerusi platform penstriman antarabangsa juga menjadi petunjuk bahawa industri negara berupaya menghasilkan karya yang mempunyai nilai komersial serta mampu menarik perhatian penonton luar.

    Sehubungan itu, FINAS mahu menjadikan FFM sebagai acara tahunan yang bukan sahaja mengiktiraf pencapaian penggiat seni, malah menjadi ruang untuk menyatukan seluruh warga industri bersama peminat filem tempatan.

    Katanya, kehadiran penggiat seni yang tidak berjaya melayakkan diri dalam kelompok lima calon terbaik juga memperlihatkan semangat sokongan dan kebersamaan dalam kalangan mereka.

    Dana RM1 juta

    Sebagai galakan kepada penerbit untuk terus menghasilkan karya berkualiti, pemenang kategori Filem Terbaik FFM35 turut menerima dana berjumlah RM1 juta bagi membantu usaha penerbitan filem seterusnya.

    Dalam perkembangan sama, Azmir memaklumkan FINAS memperkenalkan sistem penjurian baharu pada edisi kali ini dengan mengekalkan lapan juri profesional, selain menambah penyertaan 50 juri industri yang terdiri daripada bekas pemenang FFM dan pensyarah universiti.

    Pada peringkat awal, terdapat beberapa persoalan daripada juri profesional mengenai kaedah pemarkahan dan proses perbincangan. Bagaimanapun, selepas keseluruhan proses selesai, mereka sendiri terkejut apabila mendapati keputusan 50 juri industri adalah selari dengan penilaian juri profesional.

    Ini membuktikan pendekatan baharu tersebut mampu memperkukuh ketelusan dan memastikan keputusan tidak bergantung kepada pertimbangan individu semata-mata.

    Mengulas tema FFM35 iaitu ‘Spektrum Sinema’, Azmir menjelaskan pemilihan tema itu menggambarkan kepelbagaian identiti perfileman Malaysia yang merangkumi perbezaan budaya, bahasa, genre serta pendekatan penceritaan.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Moga Allah Datangkan Kebahagiaan Berganda Buat Kamu & Ibu Kamu’ – Mikhail Isaaq

    Malah, lima karya yang tercalon dalam kategori Filem Terbaik turut memperlihatkan kepelbagaian berkenaan apabila merangkumi filem berbahasa Melayu, Mandarin dan Tamil dengan genre berbeza seperti aksi, komedi, seram serta filem bercorak festival.

    Bagi merealisasikan hasrat tersebut, FINAS akan terus memperluas program ‘Market Access’ menerusi penyertaan delegasi Malaysia dalam pasaran serta acara industri filem antarabangsa.

    Antara platform yang diberi tumpuan termasuk MIPCOM di Cannes, Hong Kong FILMART, Festival Filem Animasi Antarabangsa Annecy di Perancis, Asia TV Forum & Market (ATF) di Singapura serta JAFF Market di Yogyakarta, Indonesia.

    FINAS juga menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Luar Negeri serta pejabat kedutaan Malaysia di luar negara bagi membantu mempromosikan karya anak tempatan kepada khalayak antarabangsa.

    Dalam pada itu, Azmir memaklumkan pihaknya bakal mengumumkan kerjasama baharu dengan Indonesia, termasuk pelaksanaan program ‘Malay Script Lab’ yang memberi tumpuan kepada pembangunan skrip serta penerbitan bersama antara kedua-dua negara.

    Malaysia mempunyai banyak karya berkualiti dengan identiti budaya dan kekuatan penceritaan tersendiri Melalui kerjasama penerbitan, akses pasaran dan jaringan strategik antarabangsa, kita mahu memastikan filem Malaysia bukan sahaja berjaya di negara sendiri, tetapi mampu menembusi pasaran lebih luas serta membina kedudukan yang lebih kukuh dalam industri perfileman global.

    The post FFM35: FINAS Bangga Dengan Pencapaian Filem Tempatan, 10 Karya Berjaya Raih Lebih RM10 Juta Kutipan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah