33.9 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fedtri Yahya Tak Tahan Sebak Hantar Anak Sulung Masuk MRSM – ‘Dulu Daddy Susah Nak Pergi Kerja Sebab Kakak Menangis’

    Shopee Sale



    Personaliti televisyen popular, Fedtri Yahya tidak dapat menyembunyikan perasaan bangga apabila menghantar anak perempuannya mendaftar masuk di sebuah sekolah berasrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) baru-baru ini.

    ‘Selamat berjuang’

    Menerusi perkongsian di Instagram, Fedtri memuat naik gambar memaparkan momen dia memeluk anaknya, Indah Sutera Jannah yang dilihat sebak ketika mahu berpisah.

    Dalam rasa bangga, Fedtri akui terselit rasa sayu kerana terpaksa berpisah jauh dengan puteri sulungnya itu.

    Selesai mendaftar. Selamat berjuang kakak di tempat impianmu.

    Kuatkan semangat. Doa kami sentiasa mengiringi perjuanganmu.

    ‘Daddy pula yang menangis’

    Mengenang kembali, Fedtri berkata sebelum ini anak perempuannya yang akan menitiskan air mata apabila dia keluar rumah mahu bekerja.

    Hm itulah putarannya. Dulu saya susah nak pergi kerja sebab kakak menangis.

    Sekarang saya pulak menangis sebab kakak keluar belajar.

    Insya-Allah sekejap saja tu. Pejam celik nanti dah SPM.

    MENARIK:  Jumpa Syamsul Yusof, Penghantar Makanan Siapkan Pakej Bergambar Atas Lamborghini - 'Tuan Kereta Pemenang'

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah