32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jumpa Syamsul Yusof, Penghantar Makanan Siapkan Pakej Bergambar Atas Lamborghini – ‘Tuan Kereta Pemenang’

    Shopee Sale



    syamsul

    Sudah agak lama perkhabaran tentang pengarah terkenal, Syamsul Yusof tidak kedengaran dan kelibatnya di media sosial juga jarang dilihat.

    Syamsul tak sombong

    syamsul

    Terbaharu, seorang lelaki yang dipercayai bekerja sebagai penghantar makanan, telah memuat naik beberapa keping foto bersama Syamsul di TikTok miliknya.

    Paling menarik perhatian warganet adalah, swafoto mereka yang diambil oleh pengarah filem Munafik itu.

    Bukti Syamsul tak sombong.

    Vibe dia macam Syamsul yang peminat abang ni.

    Macam kawan-kawan pula.

    Bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga disifatkan bertuah kerana dia dibenarkan duduk di atas kereta mewah milik Syamsul untuk bergambar.

    Terbalik pula, tuan kereta yang tangkapkan gambar. Memang kami berdua sahaja ketika itu, teringin juga nak bergambar dengan Lamborghini.

    Tinjauan mendapati pengarah berusia 38 tahun itu sudah lama tidak berkongsi sebarang hantaran di Instagram sejak November tahun lalu.

    MENARIK:  Selepas Kejayaan Lagu ‘Cinta Setandan Pisang’, Eddie Hamid Pilih Adik Waniey Bawa Lagu ‘Curey Depe Mato’

    Timbul juga dakwaan yang mengatakan isterinya iaitu Ira Kazar kini sedang hamil dan berikutan itu dia tidak lagi aktif memuat naik hantaran di media sosial.

    Bagaimanapun, sehingga kini mereka masih lagi mengunci mulut tentang dakwaan tersebut.

    Syamsul sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira pada Januari 2023. Pada Jun tahun lalu pula, Syamsul sah bercerai dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah