28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fazura Tumpang Bahagia Baca Luahan Isteri Dapat Duit Raya Dari Suami – ‘RM5 Pun Gembira, Apatah Lagi’

    Shopee Sale

    Reaksi pelakon dan usahawan Fazura menyorot perhatian mengenai perkongsian seorang isteri yang menerima duit raya daripada suaminya.

    Artikel Berkaitan: ‘Fazura Seorang Yang Suka Bersedekah, Banyak Perkara Baik Dia Buat Secara Senyap & Penuh Keikhlasan’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Semasa Saya Lalui Ujian Itu, Mama Turun Berat Badan..Dia Memang Sangat Terkesan’ – Fazura

    Duit raya

    Menerusi perkongsian di Threads, seorang peminat kepada pelakon filem Pisau Cukur itu mendedahkan bahawa dia tidak pernah menerima duit raya daripada suaminya sepanjang 23 tahun melayari alam perkahwinan.

    Berkongsi lanjut, individu terbabit meluahkan rasa gembira sekali gus mendoakan rezeki buat suaminya setelah menerima duit raya yang pertama buat tahun ini.

    Dia (suami) tahu isteri dia peminat Fazura.

    23 tahun kahwin tak pernah bagi duit raya, tahun ini dapat.

    Terima kasih, semoga dilimpahkan rezeki yang banyak buat suamiku.

    Dalam pada itu, ciapan tersebut meraih perhatian Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 44, yang tumpang gembira melihat individu berkenaan menerima duit raya daripada suaminya.

    Yay, RM5 pun gembira kan?

    Apatah lagi…

    Berbahagia selalu kalian.

    Imbas kembali, Fazura mendakwa tidak pernah sekali pun menerima duit raya daripada bekas suami, aktor Fattah Amin sepanjang tujuh tahun mereka berkahwin.

    MENARIK:  Netizen Puji Ibu Bapa Fattah Anas Kerana Lancar Baca Surah Al-Kahfi – ‘Pandai Mendidik’

    Selain dirinya, Fazura turut mendakwa, anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya juga tidak pernah menerima duit raya daripada aktor tersebut.

    Sumber: Threads @missfazura

    The post Fazura Tumpang Bahagia Baca Luahan Isteri Dapat Duit Raya Dari Suami – ‘RM5 Pun Gembira, Apatah Lagi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah