Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz berkongsi mengenai cara didikannya terhadap anak-anak.
Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Kongsi Foto Bersama Ibu Bapa, Bella Astilah & Dua Anak Sebelum Ke Parlimen
Cara didik anak

Menerusi sebuah temu bual, Sharifah Mahani berkata, setiap anak-anak mempunyai karakter yang berbeza-beza dan tidak sama antara satu sama lain. Justeru, pendekatan yang diberikan juga haruslah mengikut personaliti mereka.
Setiap anak-anak mereka didik dengan cara berlainan, kita tak boleh samakan.
Contohnya, kita ada lima jari tetapi bentuknya dan ukurannya berlainan. Jadi samalah seperti anak-anak.
Tak semestinya kita kena beri didikan yang sama.
Ada anak-anak mudah merajuk, ada yang berdikari, ada yang boleh bertoleransi dan setiap orang.
Menurut Sharifah Mahani, ibu bapa harus bijak memahami perwatakan anak-anak sebelum menegur kesalahan yang mereka lakukan.
Kita kena pandai ‘tackle’ setiap satu daripada mereka.
Anak-anak saya pun pernah berkata, kadang-kadang saya nampak macam berat sebelah kepada anak yang lain. Tetapi sebenarnya tidak, kita sebenarnya kena ‘tackle’ mereka.
Ada anak kita boleh terus tegur, ada anak kita kena puji dahulu.
Dalam pada itu, mentua kepada pelakon Bella Astillah ini menegaskan bahawa ibu bapa perlulah menjaga tutur kata mereka dengan baik dan tidak melemparkan kata-kata kesat kepada anak-anak.
Tapi yang penting keikhlasan kita, sebagai seorang ibu.
Jangan sesekali mengeluarkan perkataan kesat, kerana itu akan berbalik kepada diri kita.
Sumber: Instagram Do Buy Abaya
The post Ibu Syed Saddiq Kongsi Cara Didik Anak – ‘Jangan Keluarkan Perkataan Kesat, Itu Akan Berbalik Kepada Kita’ first appeared on OHBULAN!.





