Selebriti dan usahawan, Nur Fazura menegur sikap seorang individu yang meninggalkan komen berbaur provokasi ketika dia membuat siaran langsung di media sosial, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Fazura Belum ‘Move On’ Dari Konsert, Puji Sheila Majid Bintang Sejati
Individu buat provakasi

Menerusi hantaran di Instagram Story, Fazura, 42, berkongsi paparan skrin komen seorang netizen yang mengaitkan dirinya dengan bekas suami, aktor Fattah Amin yang kini telah berkahwin semula.
Dah move on belum, duda dah berbahagia dengan isteri solehahnya.
Menurut Fazura, komen sebegitu dianggap tidak wajar apatah lagi ditulis ketika dia sedang fokus mencari rezeki melalui sesi siaran langsung tersebut.
Contoh manusia yang hobinya masuk live orang yang sedang mencari rezeki dengan suka tinggalkan komen bersifat provokasi dan tidak masuk akal. Bila ditegur balik, mereka kata toksik. Aneh.
Dalam pada itu, Fazura turut memuat naik satu paparan skrin lain memaparkan contoh komen positif daripada seorang pengguna yang mempunyai niat baik semasa menyertai sesi berkenaan.
Contoh orang baik yang masuk live untuk beli telekung buat dihadiahkan kepada ibunya.
Sumber: Instagram
The post Fazura Tegur Individu Masuk ‘Live’ Sebut Fasal Bekas Suami – ‘Manusia Yang Hobinya Bersifat Provokasi’ first appeared on OHBULAN!.





