24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fauziah Latiff Akui Cerewet Pilih Lagu, Belum Sedia Kembali Aktif – ‘Pada Tahap Sekarang, Saya Perlu Berhati-Hati Memilih’

    Shopee Sale



    Penyanyi, Fauziah Latiff memaklumkan dirinya masih belum bersedia untuk kembali aktif dalam dunia nyanyian meskipun tampil dengan single duet terbaharu bersama penyanyi, Jess C.

    Belum sedia aktif

    Ketika ditemui , Fauziah atau nama sebenarnya Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff berkata, penglibatannya dalam lagu yang berjudul ‘Tak Terpisah’ adalah kerana mahu menyokong perkembangan seni JessC atau nama sebenarnya Jessie Chung.

    Saya tidaklah kembali aktif tapi lagu ini merupakan satu projek istimewa bersama JessC.

    Kali terakhir saya keluarkan lagu adalah tahun lalu, itu pun lagu runut bunyi untuk sebuah drama dan lagu itu dirakamkan hanya untuk drama itu.

    Selain itu, saya pun sudah lama tidak rakamkan single solo. Tapi bagi saya tak mengapa walaupun ramai yang bertanya mengenai single baru saya.

    Dalam pada itu, Fauziah menyifatkan lagu tersebut mempunyai jiwa kerana berjaya membuatkannya menitiskan air mata ketika pertama kali mendengarnya.

    Kali pertama mendengar ‘Tak Terpisah’ saya mengalirkan air mata sebab bagi saya lagu ini ada soul, jadi saya cuba terbaik untuk menyampaikan untuk semua.

    Terima kasih JessC dan seluruh pasukan untuk Tak Terpisah. Seluruh pasukan sangat bagus dan sangat menyokong antara satu sama lain.

    Kami juga sudah kenal lama, jadi untuk menyokong industri muzik saya terima cabaran ini dan sangat gembira dapat bekerjasama dengan dia.

    Fauziah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada pelancaran album bahasa Melayu JessC yang bertajuk ‘Dekati’ diadakan di Symphony Theatre, Glenmarie, Shah Alam, Jumaat lalu.

    MENARIK:  ‘Saya Dah Nak Bercerai Dengan Fuad Sebab Curang Dengan Lelaki Lain’ – Tom

    Lagu duet nyanyian Fauziah dan JessC turut terkandung dalam album yang memuat naik enam buah lagu baharu itu.

    Akui cerewet pilih lagu

    Dalam pada itu, penyanyi berusia 54 tahun itu mengakui ada menerima karya daripada komposer muda.

    Namun, belum terbuka untuk merakamkan single terbaharu kerana mahu berhati-hati dalam memilih lagu.

    Ada beberapa lagu yang diterima dan ada satu lagu yang sangat suka tapi mungkin tiada jodoh dengan lagu itu.

    Ketika ditanya adakah sukar untuknya memilih karya, pemenang Anugerah Juara Lagu kelapan (AJL8) ini mengakui dirinya cerwet kerana berpendapat setiap lagu memerlukan penyampaian yang baik.

    Pada tahap saya sekarang saya perlu berhati-hati dalam memilih sesebuah lagu sebab ini adalah satu tanggungjawab dan kita perlu menyampaikan kepada pendengar jadi perkara ini saya sangat titikberatkan.

    Biarlah kita hasil lagu yang betul-betul orang suka, dan kita nyanyi pun dari hati.

    Setiap lagu saya rekod pun ada keistimewaan tersendiri jadi dari segi pemilihan perlu terperinci.

    Tapi saya terbuka dengan genre baru dan juga komposer baru.

    Dalam perkembangan lain, Fauziah yang lebih mesra disapa Kak Gee juga baru selesai menjayakan penggambaran telefilem Srikandi dengan membawakan watak Bonda Sultanah.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah