Pelakon, Fattah Amin menunjukkan sokongan terhadap anaknya, Fatima Aisya yang mengeluarkan lagu Raya bersama bekas isterinya, Fazura.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Nasihat Netizen Tanpa Berkias, Tegur Cakap Yang Baik – ‘Saya Selalu Berpesan Pada Amira Supaya Bersabar’
Artikel Berkaitan: Hantaran Amira Othman Jadi Sasaran, Netizen Risau Baca Komen Negatif – ‘Banyak Pahala Dia Mengalir’
Tak sangka

Ketika ditemui , pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin yang tidak dapat menyangkal kecomelan Fatima bersyukur apabila lagu tersebut mendapat reaksi positif.
Dia memang comellah. Saya memang tidak sangka anak saya boleh rakam sebuah lagu duet dengan Mommy (Fazura). Comel.
Saya tengok ramai juga yang suka. Alhamdulillah tak sangka dia ada bakat menyanyi.
Mengulas lanjut, Fattah berkata dia sentiasa menyokong minat anaknya asalkan ia memberi kegembiraan kepada Fatima.
Fatima memang kadang-kadang suka menyanyi lagu kanak-kanak. Lagu-lagu macam itu ada dengar dia humming dalam kereta.
Memang nampak dia suka menyanyi tapi tak sangka sampai rakam lagu.
Asalkan dia gembira saya okay saja. Sebagai ayah sudah tentu saya pun tumpang gembira.
Sekadar info, Fazura melancarkan lagu raya berjudul Raya Pum Pang Lagi bersama Fatima, sebuah nafas baharu kepada lagu asal Raya Pum Pang.
The post Fattah Amin Tunjuk Sokongan Fatima Lancar Lagu Raya, Tak Sangka Anak Ada Bakat first appeared on OHBULAN!.





