30.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fattah Amin & Amira Othman Sertai Ibadah Korban, Netizen Terharu Nama Fatima Ada Sekali

    Shopee Sale

    Tular sebuah perkongsian memaparkan pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman menyertai ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dikecam Bertubi-Tubi, Fattah Amin & Amira Othman Tegur Haters – ‘Tak Suka Jangan Tengok, Kau Kenapa Nyah?’

    Artikel Berkaitan: Hantaran Amira Othman Jadi Sasaran, Netizen Risau Baca Komen Negatif – ‘Banyak Pahala Dia Mengalir’

    Korban

    View on Threads

    Lebih menarik perhatian apabila Fattah turut mendaftarkan nama anaknya, Nur Fatima Aisya, bagi menyertai ibadah korban itu.

    Perkara itu kemudiannya menjadi topik bualan di media sosial yang rata-ratanya memuji tindakan Fattah yang tetap bertanggungjawab terhadap Fatima.

    Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu berharap agar Fatima lihat kesungguhan bapanya walaupun dia tidak selalu di sisinya.

    Fatima, kalau awak dah besar nanti, awak akan faham daddy (nama panggilan Fattah) awak sayang sangat dengan awak.

    Walaupun Fatima tak selalu disisinya, tapi selalu jadi ratunya. Tanggungjawab dunia akhirat.

    Untuk rekod, Fattah dan Amira sah bergelar suami dan isteri pada 14 September tahun lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] Caprice Dedah Perbuatan Jijik Bapa Berstatus Duda Pedofilia, Sudah Serah Bukti Kepada Pihak Polis

    Sekadar makluman, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Fazura pada 27 November 2017 sebelum disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024.

    Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fatima.

    Sumber: Threads

    The post Fattah Amin & Amira Othman Sertai Ibadah Korban, Netizen Terharu Nama Fatima Ada Sekali first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah