25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penyampai Radio Mendapat Gaji Tinggi Dalam Industri Hiburan, Menurut Ikhwan [VIDEO]

    Shopee Sale



    Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli, tidak menafikan dakwaan penyampai radio menerima bayaran tinggi seperti yang hangat diperkatakan sekarang.

    Senior mungkin mahal

    Ikhwan atau nama sebenarnya, Mohd Khairul Ikhwan Rosli berkata, penyampai radio senior (lama) menerima gaji yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan yang baharu.

    Mungkin ramai tidak tahu, dalam industri hiburan, penyampai radio menerima gaji tinggi. Secara jujurnya, dari zaman senior seperti Halim Othman dan Linda Onn, mereka terima gaji yang besar.

    Tapi kita kena tahu kenapa, ketika zaman mereka stesen radio adalah satu-satunya platform. Namun, sekarang ada banyak platform digital. Saya rasa mungkin sekarang sedikit berkurangan, tapi bergantung juga pada profil penyampai radio itu sendiri.

    Penyampai radio baharu mungkin murah, yang senior lama mungkin mahal.

    Berbicara lebih lanjut, Ikhwan memberitahu dia pernah menerima tawaran kembali ke konti radio, namun agak sukar buat dirinya komited waktu bekerja di stesen radio pada usia ini.

    MENARIK:  ‘Saya Minta Maaf Kerana Bebankan Mak Dengan Penyakit Skizofrenia’
    " data-video-id="7325098678748810498" data-embed-from="oembed" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
    @mingguanwanita

    Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander. #mwambiltahu #mingguanwanita #penyampairadio #industriseni #fyp

    ? original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah