
Pelakon, Farisha Irwayu mengakui perkahwinan kedua suaminya, Datuk Tuan Asmawi Umar merupakan punca dirinya memilih untuk bercerai.
Tak nak hidup bermadu
Menerusi temu bual bersama Melodi TV3, Farisha memaklumkan dirinya tidak dapat menerima untuk hidup bermadu dalam rumah tangga.
Tambahnya lagi, suaminya juga tidak mempunyai kemampuan untuk beristeri dua.
Ya betul, perkahwinan kedua suami saya membuatkan saya memilih untuk bercerai sebab saya tak boleh terima hidup bermadu.
Untuk apa kita hidup bermadu sedangkan tidak bahagia?
Dia (bekas suami) tidak berkemampuan untuk beristeri dua. Dia (madu) nak jadi nombor satu, ambil (gelaran itu).
Dalam pada itu, pelakon drama ‘Cik Reen & Encik Ngok Ngek’ ini mengakui hubungannya bersama bekas suami sudah mula dingin sejak dua tahun yang lalu.
Hubungan saya dengan bekas suami memang dah dingin lama dekat setahun atau dua tahun sejak dia dah kurang balik ke rumah.
Kita juga tidak berkomunikasi malah dia nak kahwin pun tak ada minta izin saya.
Dapat tahu dia dah kahwin lain pun daripada mulut dia sendiri selepas bercerai.
Dah penat jadi isteri Asmawi
View this post on Instagram
Bercerita lanjut, Farisha memaklumkan dia sudah penat menjadi seorang isteri yang tidak pernah mendapat perhatian daripada seorang suami.
Saya dah penat sebenarnya jadi seorang isteri kepada suami yang nak kena ketuk baru berjalan.
Nak pujuk saya ke nak merayu ke, tak ada. Dah biasa dah untuk sembilan tahun.
Saya tak gembira pun sepanjang sembilan tahun berkahwin.
Makan sekali tak ada, beri perhatian pada isteri pun tak ada. Yang dia tahu hisap rokok dari pagi sampai ke petang.
Di mana tanggungjawab awak sebagai seorang suami?
Pada 15 Mei lalu, Farisha menyorot perhatian ramai apabila memaklumkan perkahwinannya bersama Asmawi yang telah terbina selama sembilan tahun musnah apabila mereka sah bercerai talak satu.
Menerusi hantaran yang sama, Farisha sempat mengucapkan selamat pengantin baru kepada bekas suaminya seolah-olah memberi bayangan bahawa lelaki itu kini sudah berkahwin lain.





