Atlet, Fariha Razak meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyunting gambarnya bersama pasukan bola jaring Kebangsaan memegang Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik.
Artikel Berkaitan: Logo Jalur Gemilang Dipasang Terbalik Di Baju Lee Zi Jia, Penaja Tampil Mohon Maaf – ‘Kami Tidak Sengaja’
Bendera Malaysia terbalik

Menerusi hantaran di TikTok, Fariha berkata, dia tidak tahu apa tujuan pihak tersebut berbuat demikian, namun menegaskan perkara itu telah menimbulkan salah faham dan kemarahan orang ramai.
Saya sangat marah apabila ada pihak yang sunting gambar saya dengan pasukan bola jaring saya pada tahun 2016. Gambar kami pegang Jalur Gemilang dan terbalikkan Jalur Gemilang.
Bendera Kebangsaan tempatnya sangat tinggi. Apa tujuan pihak yang sunting gambar tersebut. Adakah dia buat sebab politik?
Siapa manusia yang tak bertanggungjawab ini? Sila buka otak anda besar-besar. Jangan disebabkan awak, kaum kita berpecah belah.
Kongsi Fariha lagi, dia dan pasukannya berjuang habis-habisan untuk mengharumkan nama negara, namun disebabkan perkara itu, mereka telah menerima kecaman.
Kami barisan atlet bawa nama negara, kami pergi berlawan, saya salah seorang daripada pasukan. Kau buat kami nampak teruk.
Justeru, Fariha menasihati orang ramai supaya tidak percaya melulu dan mendapatkan sumber sahih sebelum menghukum.
Kepada orang di luar sana tolong semak betul-betul. Jangan terus komen melulu. Sekarang ini fitnah berluluasa di mana-mana. Orang ramai pula akan terus berkongsi.
Malah ada yang terus bulat-bulat percaya. Perkara ini juga buat ada pihak yang pandang serong kepada Malaysia.
Foto tersebut diambil ketika pasukan bola jaring Kebangsaan dinobatkan sebagai juara kejohanan bola jaring Asia di Bangkok pada 2016.
Sumber: TikTok
The post Fariha Razak Kecewa Gambar Dengan Pasukan Bola Jaring Disunting, Jalur Gemilang Diterbalikkan first appeared on OHBULAN!.





