33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rebecca Nur Al Islam Selesai Tempoh Iddah, Kini Berangkat Ke Tanah Suci – ‘Teruskan Doa Untuk Saya’

    Shopee Sale

    Pelakon, Datin Rebecca Nur Al-Islam memaklumkan dirinya kini sedang dalam perjalanan menunaikan ibadah umrah selepas selesai menjalani tempoh iddah. 

    Artikel Berkaitan: ‘Bagi Saya Ruang, Terus Doakan’ – Rebecca Nur Al Islam Belum Sedia Ulas Dakwaan Sudah Bercerai

    Artikel Berkaitan: ‘Ottawa Kena Sihat Selalu Di Tempat Baharu’ –  Rebecca Nur Al Islam

    Berangkat tunai umrah

    Menerusi hantaran di Instagram Stories, Rebecca turut meminta orang ramai agar terus menitipkan doa buatnya supaya segala urusan dipermudahkan Allah SWT.

    Assalammualaikum semua. Doakan saya, saya dalam penerbangan nak ke Rumah Nabi Muhammad SAW dan doakan saya selamat dan dipermudahkan Allah SWT dalam semua urusan saya.

    Dalam pada itu, Rebecca turut memohon maaf kerana tidak dapat membalas mesej yang diterima daripada orang ramai yang prihatin terhadap dirinya.

    Saya minta maaf kepada lebih dari 1000 WhatsApp dan ramai yang DM saya, yang tak dapat saya reply. Terima kasih mengambil berat tentang saya, insya-Allah saya ok. Keep doa untuk saya.

    Menjawab pertanyaan mengenai status dirinya, Rebecca menjelaskan bahawa dia telah menamatkan tempoh iddah.

    Cuma apa yang boleh saya cakap, ya saya dah habis eddah. Keep doa untuk saya. Semoga Allah SWT sentiasa membalas segala kebaikan doa yang anda kirimkan. Amin.

    Pada Khamis lalu, Datin Rebecca Nur Al-Islam memuat naik foto bersama suaminya, Datuk Nor Azam dan mengucapkan terima kasih atas 18 tahun memori bersama. 

    MENARIK:  Amir Jahari Nasihat Individu Berdepan Masalah Mental Dapatkan Rawatan Profesional – ‘Hanya Psikiatri Faham Psikologi, Dalam TikTok Tiada Jawapan’

    Dalam perkongsian itu, aktres ini turut menyatakan bahawa mereka sudah berusaha sebaik mungkin namun tetap reda dengan ketentuan Allah.

    Untuk rekod, Rebecca dan suami, Datuk Nor Azam Sulaiman mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011.

    Hasil perkahwinan itu mereka berdua dikurniakan tujuh orang anak.

    Sumber: Instagram Rebecca

    The post Rebecca Nur Al Islam Selesai Tempoh Iddah, Kini Berangkat Ke Tanah Suci – ‘Teruskan Doa Untuk Saya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah