Pelakon Eyra Hazali meluahkan rasa terkilan dan sedih apabila niatnya untuk menjaga keselamatan anak disalah erti oleh segelintir pihak sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata kesat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Eyra Hazali Lancar Baca Surah Ad-Dhuha, Netizen ‘Cop’ Menantu – ‘Pandainya Mengaji’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Eyra Hazali Syukur Anak Pertama Sebagai Pembuka Rezeki, Kongsi Momen Hayder Cium Kaabah
Eyra Hazali dikritik

Menerusi hantaran di Instagram Story, Eyra akui ralat apabila tindakannya menggunakan tali keselamatan pergelangan tangan (safety wrist strap) pada anak bongsunya, Muhammad Hud Ezqandar, dipandang serong oleh segelintir individu.
Budak bila dah dapat kaki, sibuk nak berjalan, berlari. Kita tetap pegang tangan dia walaupun pakai safety wrist strap ni.
Tapi kalau la dia tiba-tiba berlari atau dilarikan macam mana?Bukan saja nak bagi pakai tali ni.
Apa yang membuatkannya lebih terkilan apabila mendengar kata-kata sindiran daripada segelintir individu yang menyamakan penggunaan tali tersebut seperti mengikat haiwan peliharaan.
Menurut Eyra, penggunaan alat tersebut adalah langkah berjaga-jaga memandangkan anaknya kini sedang dalam fasa aktif untuk berjalan dan berlari.
Sementara itu, Eyra sempat memberikan pesanan kepada mereka yang mungkin belum memahami situasi sebenar menjaga kanak-kanak di tempat awam.
Tak ada anak lagi jadi mungkin tak faham la kan. Tapi ni dik kalau akak buka, nak kejar anak akak tak?
Sedih Papa dia disamakan dengan perkataan tu. Terus Papa dukung
Sekadar info, Eyra dan Haziq Nazli iaitu penjaga gol pasukan Kuching City FC mendirikan rumah tangga pada 2019.
Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Hayder Qalish, Muhammad Endra Haqimie dan Muhammad Hud Eskandar.
Sumber: Instagram Eyra Hazali
The post Eyra Hazali Terkilan Disindir Guna ‘Safety Strap’ Pada Anak – ‘Bukan Saja Nak Bagi Pakai’ first appeared on OHBULAN!.





