30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Eyra Hazali Terkejut Owner Rumah Sewa Minta RM10K Untuk Cat Seluruh Rumah Termasuk Kawasan Luar

    Shopee Sale

    Pelakon, Eyra Hazali meluahkan rasa hairan apabila pemilik rumah sewa didakwa memintanya mengecat semula keseluruhan rumah hanya disebabkan terdapat kesan contengan pada beberapa bahagian dinding.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Eyra Hazali Dedah Sebab Pilih Kahwin Muda – ‘Haziq Dari Awal Ada Family Planning, Kerjaya Bola Sepak Tak Lama’

    Artikel Berkaitan: Eyra Hazali Terkilan Disindir Guna ‘Safety Strap’ Pada Anak – ‘Bukan Saja Nak Bagi Pakai’

    Termasuk bahagian luar rumah

    Menerusi satu hantaran di Threads, Eyra atau nama penuhnya Hazirah Qasdina Hazali, 27, memaklumkan bahawa kos yang diminta pemilik rumah mencecah sehingga RM10,000.

    Menurutnya, kesan contengan tersebut tidak melibatkan pada keseluruhan rumah.

    Nak keluar dari rumah sewa, dan dinding ada kesan anak conteng tapi bukan pada semua bahagian.

    Wajarkah owner suruh kita cat seluruh rumah, termasuk luar rumah sekali?

    Dia minta RM10k ya.

    Dalam pada itu, Eyra dilaporkan mahu menolak tuntutan tersebut kerana deposit sebanyak RM12,000 yang telah dibayar sebelum ini akan hanya berbaki RM2,000 selepas ditolak kos RM10,000.

    Memang pada awalnya tuan rumah nak tolak daripada deposit rumah itu.

    Deposit RM12K, nak tolak RM10K, takkan saya dapat balik hanya 2K sahaja?

    Tak make sense nak suruh cat seluruh bahagian rumah.

    Dalam masa sama, Eyra memaklumkan dia perlu berdepan situasi pada bulan terakhir di rumah sewa berkenaan apabila pemilik mahu membawa bakal penyewa lain melihat keadaan rumah.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Terpesona Dengan Wajah Jelita Anak Gadis Que Haidar – ‘Muka International Model’

    Namun, Eyra tidak membenarkan perkara itu kerana mempunyai anak kecil serta keadaan rumah yang sedang bersepah akibat proses mengemas dan mengosongkan kediaman.

    Pada bulan terakhir kami tinggal di rumah sewa itu, pemilik rumah nak bawa bakal penyewa lain datang tengok rumah.

    Tapi, kami tak benarkan kerana ketika itu kami masih dalam proses mengemas dan packing barang, tambahan pula ada anak-anak kecil, jadi keadaan rumah memang agak berselerak.

    Sumber: Threads

    The post Eyra Hazali Terkejut Owner Rumah Sewa Minta RM10K Untuk Cat Seluruh Rumah Termasuk Kawasan Luar first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah