
Pelakon Eyka Farhana didakwa sombong dan berlagak dengan peminatnya ketika berniaga di Absolute Bazaar yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) baru-baru ini.
Eyka sombong dengan peminat?

Menerusi hantaran di laman Threads, seorang individu mendakwa terdapat seorang artis enggan bergambar dengannya jika tidak membeli sebarang produk.
Berjalan-jalan ke MITEC nampak artis itu ini, kebanyakan mereka sangat ramah walaupun kita tak membeli produk mereka.
Tapi ada seorang artis ini, kita cakap hi dekat dia dan minta izin bergambar tapi dia pula suruh beli produk dulu. Sambil belai rambut, sikit pun tak bangun untuk mengalukan kita. Tak sangka pula respon dia macam tu, patutlah booth dia kosong.
Difahamkan selebriti tersebut mempunyai pangkal nama EF lalu membuatkan ramai mendakwa artis yang sombong itu adalah Eyka Farhana.
Kenyataan individu terbabit turut mendapat reaksi warganet lain yang turut kecewa dengan layanan aktres berkenaan.
Ingatkan saya seorang sahaja yang kena. Saya memang selekeh habis nak minta ambil gambar, staf dia pula kata kena beli barang dulu dan dia langsung tak pandang peminat dia.
Saya masuk semalam nampak dia duduk main telefon. Sudah hampir dua tiga jam dekat sana, nampak dia masih diposisi yang sama main telefon. Tak ada eye contact dengan sesiapa dan tidak beramah mesra pun.
Respon Eyka

Tidak berdiam diri apabila nama dipetik, Eyka atau nama lengkapnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 30, tampil memberi penjelasan tentang dakwaan tersebut.
Dalam masa yang sama, Eyka juga memohon maaf andai isu berkenaan membuatkan peminatnya kurang senang.
Saya ada terima DM (direct message) kata ada orang spill the tea kononnya saya sombong tak nak bergambar.
Ya Allah, mungkin salah faham, mungkin staf saya minta cuba tester dan support dulu dan mungkin cara awak approach pun tak kena dengan waktu yang sesuai.
Saya berborak dan bergambar sahaja dengan sesiapa, walaupun tak membeli.
Di bulan mulia ini, saya, mohon maaf kalau ada tersilap atau terkurang dari kami selama di sana.





