28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Eyka Farhana Kongsi Rutin Berpantang, Akui ‘Gatal Kaki’ Nak Keluar Rumah – ‘Dah Dua Minggu Rasa Nak Berjalan’

    Shopee Sale

    Pelakon Eyka Farhana berkongsi rutin berpantangnya yang kini memasuki hari ke-19 termasuk menjaga pemakanan dan menjalani urutan badan di rumah.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Eyka Farhana Santai Layan Kontraksi Sambil Makeup, Warganet Kagum – ‘Bila Dah Buang Solekan Baru Rasa Nak Beranak’

    Artikel Berkaitan: Eyka Farhana & Akhyar Rashid Selamat Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Muhammad Luay Khayr

    Berpantang

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Wan Sarmizi, 30, memaklumkan dia tidak berdepan sebarang masalah sepanjang menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata sulung.

    Bagaimanapun, isteri kepada pemain bola sepak, Akhyar Rashid itu mengakui dirinya sukar untuk berada di rumah sepanjang masa tanpa keluar melakukan sebarang aktiviti.

    Hari ke-19 berpantang. Setakat ini saya okay saja pantang makan, urut sana sini.

    Tapi saya susah nak pantang kena duduk diam dan baring saja.

    Mesti nak jalan dalam rumah sana sini. Terutama nenek ada hari-hari kena bising.

    Sebenarnya dah dua minggu rasa gatal saja kaki nak keluar berjalan.

    Respon rakan artis

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti yang bergelar ibu memahami situasi yang dilalui Eyka serta berpendapat tidak salah untuk keluar mengambil angin di luar rumah seketika.

    MENARIK:  Siti Nurhaliza Syukur Tersenarai Dalam Top 500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia Untuk 10 Tahun Berturut – ‘Satu Penghargaan Atas Usaha Untuk Agama’

    Selain itu, golongan ibu dilihat turut berkongsi pengalaman menjalani tempoh berpantang termasuk kembali melakukan senaman ringan selepas hampir dua minggu bersalin.

    Sumber: Threads @eykafarhana

    The post Eyka Farhana Kongsi Rutin Berpantang, Akui ‘Gatal Kaki’ Nak Keluar Rumah – ‘Dah Dua Minggu Rasa Nak Berjalan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah