25 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 12, 2024
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ernie Zakri’s Emotional Performance of ‘Bilik Tidur’ at A Night With Aina Abdul Live In Singapore Makes Tears Flow

    Shopee Sale



    Aina Abdul

    Komposer dan penyanyi bervokal lantang, Aina Abdul meluahkan rasa syukur apabila konsert A Night With Aina Abdul Live in Singapore yang berlangsung pada Sabtu lalu berjalan lancar.

    A Night With Aina Abdul Live in Singapore

    Aina Abdul

    Bertempat di The Theatre Mediacorp, Singapura, konsert anjuran Neptunes Presents yang mengandungi tiga segmen itu telah mengiburkan lebih 1,500 peminat dan menampilkan sisi berbeza Aina sebagai seorang penghibur.

    Memulakan segmen pertama dengan penuh gaya, konsert yang diketuai oleh penerbit muzik terkemuka, Mac Chew itu menyaksikan penyanyi berusia 31 tahun itu memulakan persembahan dari bawah pentas dengan menyampaikan lagu Imaji.

    Membawakan seleksi lagu Ghost, Kamu, Kelip-Kelip, Fool, Kejam, Shadow dan Maybe di segmen pembukaan, Aina tampil anggun mengenakan busana ‘tali kasut’ rekaan Ezuwan Ismail.

    Paduan Suara Aina Abdul & Ernie Zakri

    Aina Abdul
    Seterusnya, Aina membuka segmen kedua dengan persembahan yang ditunggu-tunggu bersama Ernie Zakri. Memilih untuk menyampaikan lagu Gundah, paduan suara dua vokalis hebat Malaysia ini cukup rencah dan menaikkan bulu roma penonton yang hadir.

    Aina dan Ernie membuktikan penyatuan dua suara dalam sebuah lagu boleh dilakukan tanpa pertandingan vokal, sebaliknya mereka berpadu untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

    Di pentas sama, Ernie turut menyampaikan single Masing-Masing yang terkandung dalam album terbaharunya berjudul Aura secara solo.

    Selepas itu, Aina yang anggun menyarungkan busana rona kuning rekaan Raffiey Nasir kembali menguasai pentas mendengkan gabungan lagu hits karya Indonesia dan Korea seperti Dawai, Hijrah Cinta, Sial, Shut Down, Kill This Love dan How You Like That.

    Tukar Pentas Konsert Kepada Bilik Tidur

    Aina Abdul

    Seterusnya, pemenang Anugerah Juara Lagu 37 ini memilih untuk menukarkan pentas persembahan kepada ‘bilik tidur’ dalam segmen ketiga dan lebih istimewa, Aina turut menyarungkan baju sesuai tema rekaan Rizman Ruzaini.

    Konsep bilik tidur merupakan simbolik penuh makna kerana kebanyakan lagu hits Aina seperti Sumpah, Semalam, Sepi dan banyak lagi diilhamkan ketika dia berada di kamar beradu miliknya.

    MENARIK:  ‘Lepas Je Bersalin, Dah Setahun Lebih Suami Tak Sentuh Sebab Trauma Tengok Kepala Baby Keluar Dari Situ’

    Memberi sentuhan peribadi dalam persembahan penuh bertenaga, Aina mengalirkan air mata sebelum menyampaikan lagu berjudul I Lost Me di segmen ketiga.

    2023 adalah tahun yang sukar bagi saya, dari segi kerjaya dan kehidupan peribadi. Saya rasa saya hilang diri sendiri, banyak kali saya berada di situasi seperti itu di sebalik semua kegilaan dan kemilau busana gah yang saya sarungkan.

    Saya mengaku ia merupakan ‘passion’ saya, tetapi kadangkala saya rasa saya hilang dalam keghairahan itu. Saya menjalani kehidupan seharian yang sibuk, saya cuba untuk mengimbangi pelbagai perkara dalam kehidupan, harus memuaskan hati semua pihak, di rumah dan di tempat kerja. Sudah pasti, kadang kala kita manusia akan rasa ‘down’.

    Jadi untuk semua, saya nak mewakili anda semua, mohon terus bertabah mengharungi hari mendatang, bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri anda sendiri. Itu perkara yang sering saya ungkapkan kepada dirisaya sendiri sebagai pembakar semangat.

    Selain I Lost Me, segmen ketiga menyaksikan penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu menyampaikan lagu-lagu seperti Ini Bukan Cinta, Kunci dan Reminiscing.

    Aina menutup konsert dengan penuh gaya menyampaikan seleksi karya popularnya seperti Sumpah, Semalam, Sepi, Puas Sudah, Jangan Mati Rasa Itu serta lagu keramat, Terus Hidup.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah