27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ernie Zakri Syukur Dinobat ‘Celebrity Entrepreneur Of The Year’ – ‘Semoga Lebih Banyak Perkara Baik’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Ernie Zakri meluahkan rasa syukur apabila menerima anugerah Celebrity Entrepreneur Of The Year di SEBA ASEAN Elites Edition 2025/2026 yang berlangsung pada Selasa.

    Artikel berkaitan: Hazama, Ernie Zakri Teruja Jadi Penyanyi Jemputan Konsert M. Nasir – ‘Kami Berbesar Hati & Bersyukur’

    Artikel Berkaitan: Satu Pernghormantan Besar… Ernie Zakri Berduet Dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron

    Terima kasih

    View this post on Instagram

    A post shared by @erniezakri

    Menerusi perkongsian di Instagram, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai satu pencapaian bermakna dalam perjalanan kerjayanya.

    Menurutnya, penghargaan berkenaan merupakan kenangan manis yang hadir di luar jangkaan.

    Alhamdulillah, kadangkala perkara yang paling indah datang daripada sesuatu yang langsung tidak kita jangkakan.

    Saya sangat teruja dan bersyukur kerana menerima anugerah Celebrity Entrepreneur Of The Year di SEBA Awards semalam.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Pinta itu turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjadi sebahagian daripada perjalanan dan pencapaiannya selama ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Hattan Dengar Pesanan Arwah Adik, Batal Niat Bersara Dari Dunia Hiburan – ‘Boleh Saya Bantu Biaya Pendidikan Anak Dia’

    Tambahnya, dia berharap penghargaan itu menjadi pemangkin untuk dirinya terus maju dan meraih lebih banyak kejayaan dalam bidang yang diceburi.

    Terima kasih kepada SEBA Awards atas pengiktirafan ini, serta semua yang telah menyokong dan mempercayai saya sepanjang perjalanan ini.

    Saya masih belajar, masih berkembang dan pastinya masih mencari arah serta memahami segalanya sepanjang perjalanan ini.

    Semoga ini menjadi permulaan kepada lebih banyak perkara baik.

    Sekadar info, SEBA ASEAN Elites merupakan majlis pengiktirafan yang meraikan usahawan, syarikat korporat dan tokoh industri berprestasi tinggi dari rantau ASEAN.

    Edisi 2025/2026 kali ini turut menyaksikan beberapa figura seni menerima penghargaan dalam kategori masing-masing, antaranya Diana Danielle dan Nadia Brian, selain Ernie Zakri.

    Sumber: Instagram

    The post Ernie Zakri Syukur Dinobat ‘Celebrity Entrepreneur Of The Year’ – ‘Semoga Lebih Banyak Perkara Baik’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah