25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Empat Bulan Kak KM Menderita Disihir, Tak Boleh Tidur Dari Maghrib Hingga Subuh – ‘Kedai Penuh Lalat, Langau & Ulat’

    Shopee Sale

    Usahawan sensasi, Kak KM mendedahkan dirinya berdepan gangguan mistik sejak empat bulan lalu sehingga menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk tidur selain berdepan masalah pernafasan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Elok Bercerita Aib Pasangan Di Media Sosial, Ada Perkara Perlu Disimpan’ – Kak KM

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Pilih Tak Kahwin Lagi Jika Kehilangan Suami – ‘Saya Risau Dengan Anak-Anak ..’

    Dakwa disihir

    Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, 45, berkata, keadaan tersebut bukan sahaja mengganggu waktu rehatnya, malah turut menjejaskan emosi serta semangat untuk melakukan aktiviti harian.

    Memang susah nak tidur dan tak boleh bernafas. Bila tak boleh bernafas, seluruh badan pula terasa sakit. Saya tak ada mood nak buat kerja, semua benda tak nak buat. Cuma yang pasti memasak memang kena buat.

    Saya tak boleh tidur, dari lepas maghrib sampai subuh. Rasa tak selesa, tak sedap badan. Rasa macam diperhatikan.

    Kak KM berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun perkahwinan ke-18 usahawan selebriti Cheta Pot Pet dan suami, Aaron Lee di Kuala Lumpur.

    Berkongsi lanjut, Kak KM turut mendakwa gangguan berkenaan memberi kesan kepada operasi perniagaan miliknya seperti kemunculan lalat dan langau yang banyak di premis.

    Gangguan itu bukan kena pada saya seorang, tapi di kedai staf asyik demam. Kedai penuh lalat, sedangkan bukan jual makanan. Penuh lalat dan langau, bukan sedikit. Malah ada ulat depan pintu.

    Dalam usaha mencari jalan penyelesaian, Kak KM mengakui pernah cuba mendapatkan rawatan tradisional. Namun, membatalkan niat itu apabila ada pihak mengambil kesempatan terhadapnya.

    Saya tak kenal mana-mana bomoh sebab saya jenis tak percaya. Cuma pernah sekali, baru buat panggilan dan dia dengar nama Kak KM, terus minta wang pendahuluan RM8,000.

    Bila dah letak yuran macam itu, saya tak percaya. Tapi saya percaya benda mistik ini wujud. Jadi, saya ada dapat bantuan daripada anak-anak tahfiz. Mereka tawarkan air dan alhamdulillah, keadaan bertambah baik sedikit.

    Sementara itu, mengulas kemungkinan gangguan berkenaan dilakukan individu yang tidak senang melihat kejayaan dan kehidupannya, Kak KM memilih untuk tidak membuat sebarang tuduhan.

    Saya tak beranilah nak cakap siapa yang buat, nanti jatuh menuduh pula, jadi fitnah. Tapi kalau nak kata dengki, mestilah ada yang dengki tengok pencapaian kita.

    Saya okey sebenarnya sebab benda itu berlaku kerana Allah izinkan. Kita tunjuk kuat sahaja supaya lama-lama orang jadi sakit hati. Lama-lama dia akan gila tengok sebab saya tak jatuh-jatuh.

    The post Empat Bulan Kak KM Menderita Disihir, Tak Boleh Tidur Dari Maghrib Hingga Subuh – ‘Kedai Penuh Lalat, Langau & Ulat’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Fieya Julia Bidas Label ‘Artis Sendu’, Anggap Rezeki Masing-Masing

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah