Hantaran yang dikongsikan oleh penyanyi dan pelakon, Elyana di akaun Instagram miliknya telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bapa Elyana Sebak Terima Hadiah Kereta – ‘Impian Saya Sebagai Anak Sejak Dari Kecil Sudah Tertunai’
Artikel Berkaitan: ‘I Yang Melamar Dia’ – Elyana Buat Kejutan Untuk Suami Sempena Birthday, Tunjuk Kertas ‘Will You Marry Me’ 12 Tahun Lalu
Botak kepala
View this post on Instagram
Menerusi hantaran tersebut, Elyana memuat naik foto yang memaparkan dirinya sedang berada di hadapan cermin tandas dengan berkepala botak.
Di perkongsian yang sama, Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal, 38, turut mencoretkan kapsyen yang penuh bermakna.
Proses kehidupan kita, hanya kita sahaja yang lalui..hanya kita sahaja yang tahu.
Bermati-matian berusaha untuk nampak tenang dan waras tanpa bercerita.
Kapsyen tersebut juga ditulis Elyana sebagai nasihat tentang sikap manusia dan kehidupan.
Pesan aku untuk teman-teman seperjuangan.
Keluar dari kelompok yang hanya bercakap pakai air liur, biarkan mereka, mereka belum pernah rasa.
Kau berharga, dan kau cukup layak untuk selalu dirayakan. Tidak peduli dalam kurang atau lebih mu.
Tetaplah menjadi orang yang baik walau mereka menghina mu tidak baik.
Jika akhirnya kamu mendengar cerita buruk tentang diriku dari mereka, fahamilah aku juga pernah baik pada mereka, cuma mereka tidak menceritakan bahagian itu
Netizen beri semangat



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar pelantun lagu Kalis Rindu itu kembali sembuh dan terus kuat untuk melawan penyakitnya.
Untuk info, Elyana membuat pendedahan menghidap kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017.
Namun, kira-kira dua tahun lalu, penyanyi itu berkongsi berita bahawa dia sudah disahkan bebas daripada penyakit itu.
Sumber: IG Elyana
The post Elyana ‘Upload’ Foto Berkepala Botak, Coretan Di Kapsyen Meruntun Hati – ‘Bermati-Matian Usaha Untuk Nampak Tenang & Waras’ first appeared on OHBULAN!.





