27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dulu Mak, Sekarang Ayah Tiri Aku Pula Dituduh Penagih’ – Puteri Balqis Cabar Netizen Bagi Bukti

    Shopee Sale

    Selepas ibu kandung dituduh, nama bapa tiri pelakon Puteri Balqis pula kini dipetik dan didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cara Saya Tulis Pun Memang Mengundang, Saya Tak Salahkan Puteri Balqis’ – Mia Sara Nasuha

    Artikel Berkaitan: ‘Podcast Ini Dirakam Sebelum Kes Mia Sara Dengan Puteri Balqis Meledak’ – Aznil Nawawi

    Bapa tiri Puteri Balqis dituduh ambil dadah

    Menerusi hantaran di Instagam Story, Puteri Balqis meluahkan rasa berang terhadap segelintir pihak yang menyebarkan fitnah tidak berasas melibatkan keluarganya.

    Sekarang ayah tiri aku pulak dituduh penagih. Benda yang sama kena pada mak aku dulu. 

    Sebelum ada yang ragu-ragu, termakan hasutan haters, menuduh Farris mmg penagih secara terbuka atau belakang-belakang. 

    Sebelum Farris dijadikan kambing hitam sama seperti apa yang mak aku tanggung bertahun-tahun, aku jelaskan dekat sini.

    Pelakon drama Keluarga Itu ini menyifatkan Farris merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam menjaga keluarga, termasuk mengambil peranan ketika ibunya berada dalam keadaan kurang sihat.

    Ayah tiri aku, Farris. Dia hari-hari bekerja. Kalau mak aku sakit di rumah atau masuk ward, Farris akan jaga sepenuhnya mak aku. Team aku yang lain akan ambil alih kerja Farris.

    Dekat set shooting, kalau artis dan crew ajak dia hisap dadah, dia akan senyum, dia tolak, dan terus blah. Sebijik macam apa yang mak aku buat dulu. Tolak, senyum, blah.

    Mengulas mengenai isu pemetik api yang digunakan oleh Farris ketika sambutan hari lahir tersebut, Puteri Balqis menjelaskan bahawa barangan itu dibeli beberapa hari sebelum majlis berlangsung. 

    Lighter tu kami beli beberapa hari sebelum birthday apak. Family kami semua memang smoker. Memang kami memerlukan banyak lighter dan rokok. 

    Pergi buat laporan polis tentang ayah tiri saya. Kawasan elite tak elite, polis tetap akan datang serbu. Berlambak je polis serbu kawasan elite.

    Susulan daripada tuduhan itu, Puteri Balqis meminta individu terbabit memberikan bukti sekiranya benar keluarganya itu terlibat dengan dadah.

    Aku kasi nampak macam mana mak aku kena dulu. Sebijik. Tak ada beza. Cuma sekarang, Farris pulak yang kena.

    Family kami dituduh macam-macam tanpa bukti. Sampai sekarang, tak ada seorang haters datang dengan bukti tentang mak aku atau Farris.

    Sumber: Instagram Puteri Balqis

    MENARIK:  Amy Nur Tinie Pernah Ditawar Jadi Isteri Ketiga ‘Datuk’ – ‘Saya Rela Kerja Siang Malam Demi Rezeki Halal’

    The post ‘Dulu Mak, Sekarang Ayah Tiri Aku Pula Dituduh Penagih’ – Puteri Balqis Cabar Netizen Bagi Bukti first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah