
Usahawan dan pempengaruh terkenal iaitu Madammu sering kali menjadi perhatian warganet dengan imej barunya yang bertudung.
Perlukan ‘energy’ untuk bertudung
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama Eriyca Baiduri Abd Rashid mendedahkan dirinya mengupah ‘hijab stylist’ untuk memberi semangat kepadanya yang baru belajar memakai tudung.
Saya ada hijab stylist, saya tidak pakai sendiri.
Saya perlukan energy.
Energy itu maksudnya awal-awal pemakaian tudung ini kena kemas.
Dalam pada itu, pengasas produk kecantikan, Noir Health & Beauty ini akui harus sentiasa kelihatan cantik kerana ianya membuatkan dirinya bersemangat.
Saya kena sentiasa cantik.
Cantik buat saya semangat.
Pakai baju baru, tudung baru buat saya semangat.
The following two tabs change content below.





