27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Duet Lagu Ku Akui, Sufi Rashid Hanya Penuhi Permintaan Hafiz Suip – ‘Tiada Niat Nak Overshadow’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Sufi Rashid menegaskan kemunculannya berduet dengan rakan seperjuangannya, Hafiz Suip dalam konsert Di Sebalik Aku pada 1 November lalu bukanlah untuk mencuri perhatian (limelight).

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sabronzo Tidak Buat Salah, Dia Hanya Berkahwin’ – Sufi Rashid

    Artikel Berkaitan: Isteri Sufi Rashid Tepis Dakwaan Culas Tanggungjawab Sebagai Ibu, Tugas ‘Babysitter’ Hanya Waktu Siang – ‘Susu Pun Saya Uruskan Sendiri’

    Tiada niat nak ‘overshadow’

    Ketika ditemui , pemilik nama Muhammad Sufi Ahmad Rashid, 34, berkata penampilan itu berlaku semata-mata mahu memenuhi undangan Hafiz.

    Saya memang terfikir perkara sama juga, tapi disebabkan Hafiz yang ajak saya menyanyi, takkan saya nak tolak.

    Sekurang-kurangnya, bila saya nyanyi, Hafiz dapat berehat sekejap empat hingga lima minit sebelum sambung lagu seterusnya.

    Tapi saya faham, mungkin ada penonton yang rasa ‘kurang kena’ bila saya tiba-tiba muncul menyanyi. Apa pun, saya tidak salahkan mereka kerana mereka datang beli tiket untuk menonton Hafiz.

    Katanya, semasa persembahan dia juga memastikan nyanyiannya tidak berlebihan dan mahu menyampaikan lagu duet Ku Akui dengan lebih baik.

    Saya pastikan dapat bawa lagu itu dengan baik. Alhamdulillah, tidak ada nyanyian ‘flat’ (sumbang), sedaplah hasilnya.

    Kecualilah kalau saya tidak hafal lirik, memang boleh rosakkan persembahan.

    Kalau perasan sepanjang lagu Ku Akui, saya tidak terlalu menonjol dan beri ruang untuk Hafiz.

    Bahagian harmoni pun memang saya serahkan kepada Hafiz untuk menonjolkan kekuatan vokalnya.

    Saya tidak mahu mencuri perhatian atau tunjuk kehebatan vokal. Saya bertindak profesional dan kami saling melengkapi di atas pentas.

    The post Duet Lagu Ku Akui, Sufi Rashid Hanya Penuhi Permintaan Hafiz Suip – ‘Tiada Niat Nak Overshadow’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Aizat Saha Tak Pernah Terlintas Nak Jadikan Nama Artis Bahan Jenaka, Nasihat ‘Content Creator’ Hasilkan Kandungan Bermanfaat

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah