
Sudah melalui fasa perceraian sebanyak dua kali, penyanyi iaitu Zazleen Zulkifli mendedahkan dirinya tidak terfikir untuk mencari pasangan hidup buat sementara waktu.
Tak tolak kalau dipertemukan jodoh
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, pemenang tempat keempat Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) ini memaklumkan dirinya tidak menolak sekiranya dipertemukan jodoh di masa akan datang.
Saya masih single, tak sempat nak memikirkan perkara itu. Bila pandang lelaki, rasa macam semua lelaki benci kita.
Sampai sekarang pun saya tak terfikir untuk berpasangan sebab keyakinan itu mungkin dah tak ada tambah pula saya dah bercerai dua kali.
Bila masuk pertandingan CSOIAM dulu pula ada yang kata macam-macam jadi bila ada yang tanya saya tak terfikir ke nak cari teman lelaki?
Ada ke yang suka saya dan terus teringat kata-kata segelintir netizen sebelum ini. Jadi daripada nak kahwin banyak kali kemudian bercerai, pada saya lebih baik tak perlu.
Tapi saya tak menolak kalau ada jodoh cuma masa ini biarlah saya layan dulu kehidupan.
Zazleen berkata demikian ketika ditemui pada sesi rakaman Melodi Raya 2025 yang berlangsung di Studio 1, Balai Berita, Bangsar baru-baru ini.
Dah serik nak bercinta

Tambah anak kepada pelakon hebat Allahyarham Datuk Zulkifli Zain ini lagi, dia juga seakan sudah serik untuk mendirikan rumah tangga memandangkan sudah dua kali bertindak sebagai ‘ketua keluarga’.
Mungkin sebab saya penat kot sebab dua perkahwinan sebelum ini saya yang macam suami sebenarnya.
Semua benda saya perlu fikir seorang diri. Dan sekarang ini saya ada anak dan beberapa komitmen lain seperti rumah.
Adakah kalau saya kahwin lagi nanti saya juga yang perlu fikirkan perkara itu?
Mungkin juga disebabkan usia saya yang nak menjangkau 40 tahun, pada saya bukan masa untuk mencari dah.





