Sepanjang bulan Ramadan hingga bulan Syawal tahun ini, TV3 terus mengukuhkan kedudukannya apabila tiga drama utamanya, iaitu ‘Kerana Cinta Itu Dusta’, ‘Khianat Yang Terpilih’ dan ‘Bila Cinta Menjadi Dosa’ berjaya menarik perhatian penonton, menerusi kaca televisyen mahupun platform digital.
Artikel Berkaitan: Hamil Hasil Hubungan Terlarang, Ustaz Jafri Terangkan Nasab Anak Dalam Drama Khianat Yang Terpilih
Artikel Berkaitan: ‘Fikir Nasib Anak Yang Akan Dilahirkan Sebelum Terlanjur’ – Individu Sifatkan Drama Khianat Yang Terpilih Sebagai Peringatan
Berjaya mencatat pencapaian memberansangkan

Ketiga-tiga naskhah tersebut berjaya mencatat pencapaian yang sangat memberangsangkan.
Drama ‘Kerana Cinta Itu Dusta’ berjaya merekodkan sebanyak 880 juta capaian di media sosial sehingga menjadi fenomena yang digelar sebagai ‘punca darah tinggi rakyat Malaysia’.
Sementara itu, bagi drama ‘Khianat Yang Terpilih’ meraih 10 juta penonton di televisyen serta 950 juta capaian media sosial.
Manakala bagi naskhah ‘Bila Cinta Menjadi Dosa’ pula memperoleh sebanyak 9 juta penonton setakat episod ke-21 bersama 850 juta capaian di media sosial.
Dalam masa sama, drama ini turut menduduki tempat pertama di platform Tonton dan kekal sebagai antara kandungan paling popular, dengan ramai penonton memilih akses premium untuk menonton episod lebih awal.
Hal ini kerana watak Eva yang dibawakan oleh Che Puan Sarimah Ibrahim turut mencetuskan perbincangan hangat di TikTok, Threads dan X, apabila perkongsiannya mengenai reaksi penonton menghidupkan lagi perbualan dalam talian.
Malah, tanda pagar #BilaCintaMenjadiDosa berjaya meraih lebih 400 juta paparan.
Mencipta fenomena

Tidak ketinggalan juga, bagi naskhah ‘Kerana Cinta Itu Dusta’ dan ‘Khianat Yang Terpilih’ terus mencipta fenomena tersendiri dengan perbualan aktif dalam kalangan pengguna Threads.
Drama ‘Khianat Yang Terpilih’ khususnya mendapat perhatian apabila lakonan Amyra Rosli menerima pujian meluas, selain gandingannya bersama Ikmal Amry yang sering dipuji sebagai ‘green flag, green forest’ oleh penonton.
Seiring dengan kejayaan ini, TV3 terus membuktikan komitmennya dalam menghasilkan kandungan berkualiti tinggi menerusi karya yang dekat dengan penonton.
Selain itu, drama ini juga dibarisi oleh pelakon hebat serta diperkukuhkan melalui edaran merentas pelbagai platform, sekali gus mengekalkan statusnya sebagai peneraju kandungan tempatan.
Kini, perhatian penonton terarah kepada drama ‘Kerana Cinta Itu Dusta’ yang bakal melabuhkan tirainya pada malam ini.
Sehubungan itu, ramai penonton yang tidak sabar menantikan bagaimana segala konflik akan diselesaikan.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton episod akhir di TV3 atau strim lebih awal menerusi Tonton.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat
The post Drama TV3 Cipta Fenomena, Naskhah ‘Kerana Cinta Itu Dusta’ Jadi Punca ‘Darah Tinggi Rakyat Malaysia’ first appeared on OHBULAN!.





