26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Drama ‘Pinjaman Syurga’ Angkat Kisah Pengorbanan Seorang Ibu Menjaga Anak Istimewa

    Shopee Sale



    Slot Akasia bakal membawakan drama terbaharu iaitu Pinjaman Syurga yang mampu mengusik jiwa dan menyentuh emosi para penonton.

    Pinjaman Syurga

    Pinjaman Syurga yang mengangkat tema pengorbanan dan perjuangan seorang ibu ini menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Janna Nick, Keith Foo, Gambit Saifullah, Fizo Omar dan ramai lagi.

    Drama ini bakal bersiaran di kaca TV anda bermula pada 5 September 2024, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton.

    Drama ini mengisahkan tentang bagaimana sebuah keluarga diuji dengan dugaan yang besar dan pengorbanan yang luar biasa dalam menghadapi realiti kehidupan yang tidak dijangka.

    Pengorbanan seorang ibu

    Berkisar kisah hidup pasangan suami isteri, Natasha (Janna Nick) dan Taufik (Keith Foo) yang mengalami pergolakkan setelah mengetahui bahawa anak tunggal lelaki mereka iaitu Haikal lakonan Akif Darwisy adalah seorang kanak-kanak autisme.

    Taufik yang dahulunya seorang ayah yang penyayang, kini berubah menjadi seorang yang pemarah. Manakala, Puan Aminah, ibu Taufik juga tidak berpuas hati dan menyalahkan keturunan Natasha atas penyakit autisme yang dihidapi Haikal.

    Kehidupan Natasha menjadi semakin sukar  sehingga mutu kerjanya makin merosot akibat bebanan emosi yang harus dipikul seorang diri. Selepas mendengar nasihat ayahnya, dan sokongan dari bekas adik iparnya (Zahirah), Natasha serta merta menghantar Haikal ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang mana ianya ditubuhkan bertujuan untuk membantu anak-anak autisme.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya & Keluarga Tak Pernah Scam Duit Orang’ – Mikhail Isaaq Nafi Tipu Pesara Wanita RM80,000

    Pada ketika itu, dia bertemu semula dengan Zainal (Gambit Saifullah), seorang rakan lama yang merupakan pengasas bagi pusat pemulihan tersebut dan mula membantu Natasha dan juga Haikal dalam mengharungi cabaran kehidupan mereka.

    Namun, kuatkah seorang ibu seperti Natasha dapat menghadapi ujian ini sendiri dan mampukah dia membesarkan anak pinjaman syurga ini dengan penuh kasih sayang sehingga ke akhir?

    Jangan lupa saksikan kisah takdir percintaan yang luar biasa dan penuh dengan pengorbanan ini dalam drama Pinjaman Syurga menerusi slot Akasia bermula 5 September 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.  TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton melalui http://www.tonton.com.my.  Anda juga boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah