30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Drama Bidaah Berdasarkan Pengalaman Sendiri? PU Syed Gesa Erma Fatima Buat Laporan Polis

    Shopee Sale



    Pendakwah bebas, PU Syed menggesa Erma Fatima untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan pengarah hebat itu yang mengatakan penghasilan drama Bidaah adalah berdasarkan kisah benar yang dialaminya sendiri.

    Gesa Erma buat laporan polis

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by SYED MOHD BAKRI SYED ISHAK BENYAHYA (@pusyed_official)

    Menerusi Instagram (IG), PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak Benyahya berharap laporan polis dibuat supaya tindakan dapat diambil ke atas kumpulan jemaah yang dimaksudkan Erma.

    PU Syed turut memuat naik semula rakaman video sesi siaran langsung yang dibuat Erma menerusi hantaran yang sama.

    Kepada Kak Erma, saya minta tolong buat laporan polis selepas mengatakan drama Bidaah itu hasil dari pengalaman dirinya sendiri yang pernah mengikuti sebuah kumpulan telah mengamalkan sesuatu yang tak betul serta tok guru meniduri anak murid sendiri.

    Saya nak minta tolong sebab Puan Erma yang menyatakan sendiri dan tolong buat laporan polis supaya polis ambil tindakan ke atas kumpulan tersebut yang mana telah memberi idea untuk Puan Erma membuat drama tersebut.

    Dakwa dari kisah benar dialaminya

    MENARIK:  Luna Maya dibela oleh kawan baiknya selepas dikecam kerana mengamuk dengan 'staf' - 'Sudah banyak kali tegur, siapa tidak akan marah'
    " data-video-id="7479617918968417544">
    @watieysoong @erma fatima ? original sound – watieysoong

    Terdahulu, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali mendakwa drama Bidaah yang dihasilkan merupakan kisah benar dialaminya sendiri.

    Jelas Erma, pada awalnya ajaran yang dibawa oleh kumpulan jemaah itu betul sehinggalah pada satu hari, anak-anak di dalam kumpulan yang menganggapnya seperti ibu sendiri menceritakan sesuatu yang mengejutkan.

    Pengarah berusia 56 tahun itu juga dengan tegas mengatakan dirinya sama sekali tidak membuat cerita memandangkan mangsa-mangsa juga berani bersumpah.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah