28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dr Afifah Berjaya Dapatkan Hak Jagaan Anak, Nubhan Diberi Lawatan Sebulan Dua Kali

    Shopee Sale

    Hak jagaan kekal ketiga-tiga anak akhirnya berpihak kepada isteri penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Tawfek ekoran pergolakan rumah tangga mereka.

    Artikel Berkaitan: Nubhan Tolak Tepi Sementara Isu Rumah Tangga & Dakwaan Orang Ketiga – ‘Saya Kena Fokus GV’

    Hak penjagaan

    Ketika ditemui OhBulan, Peguam Syarie yang mewakili Dr Afifah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, memaklumkan undang-undang lazimnya berpihak kepada ibu bagi anak yang masih kecil.

    Lazimnya anak-anak yang kecil, ibu yang akan dapat.

    Jadi bagi saya itu adalah satu kedudukan undang-undang yang mantap, kanak-kanak kecil selalunya ibu yang akan dapat hak jagaan.

    Akberdin berkata demikian sejurus selesai prosiding hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Rabu.

    Hak lawatan

    View this post on Instagram

    A post shared by DrFie Tawfek (@drfietawfek)

    Berkongsi lebih lanjut, Akberdin menyatakan keputusan proses hadanah merupakan persetujuan daripada kedua-dua pihak.

    Tambahnya, pelantun lagu “Kekasih Untukku” akan diberikan hak lawatan anak-anak sebulan dua kali.

    Jadi ibu akan dapat hak jagaan kekal, manakala bapa (Nubhan) pula akan dapat hak lawatan sebulan dua kali iaitu minggu pertama dan ketiga.

    Bagi Aidilfitri dan Aidiladha pula semua itu bergilir-gilir macam biasa.

    Tak ada apa lagi nak dipertikaikan mengenai hadanah ini, semua sudah diselesaikan secara baik.

    Selepas ini tak ada apa lagi, kita pun dah rekodkan terma persetujuan dan akan tarik balik perintah makhamah dan ikut saja perintah.

    Sekadar info, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad telah memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap Dr. Afifah di Mahkamah Syariah Sepang.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Alangkah Bagusnya Kalau Abah Yang Pergi Dulu’ – Bapa Allahyarhamah Athira Auni 

    Nubhan kemudiannya memfailkan tuntutan hadanah penuh terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

    Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurnikan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

    The post Dr Afifah Berjaya Dapatkan Hak Jagaan Anak, Nubhan Diberi Lawatan Sebulan Dua Kali first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah