34.2 C
Kuala Lumpur
Monday, August 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Doa Peminat Bella Dimakbulkan’

    Shopee Sale

    Selain penyokong dan peminat BASS (Bella Astillah Syed Saddiq), pelakon, Fasha Sandha turut meluahkan rasa gembira apabila Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dibebaskan dan dilepaskan daripada empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

    Artikel Berkaitan: Bella Astillah Menangis Kegembiraan Syed Saddiq Dibebaskan

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Kongsi Detik Pertemuan Dengan Syed Saddiq, Netizen Terkejut Rupanya Dah 3 Tahun Kenal – ‘Wow, YB Tegur Dulu, Sweet!

    Doa dimakbulkan

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, Fasha, 41, berkata, Allah telah memakbulkan doa peminat BASS yang selama ini menyokong dan berada di belakang Saddiq.

    Baru cakap fasal perkara ini dengan Bella Astillah masa konsert Rossa hari itu. Doa orang baik-baik dan doa peminat Bella dimakbulkan. Syukur dan tahniah buat YB Syed Saddiq dan Bella Astillah.

    Pada Rabu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan atas empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

    MENARIK:  TikTok Award Didominasikan Oleh The Raw – Tawar Wang Tunai RM10,000 Buat Pelanggan Bertuah!

    Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim selepas membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

    Bella yang turut hadir di mahkamah meluahkan rasa syukur atas keputusan tersebut dan bagaimanapun menganggap sekarang bukan masa yang sesuai untuk bercakap soal jodohnya dengan Ahli Parlimen Muar itu.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Doa Peminat Bella Dimakbulkan’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah