Berang dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab, DJ Sonic memberi amaran agar netizen tidak terpedaya dengan akaun palsu yang ‘menunggang’ nama Fazura demi meraih perhatian.
Artikel Berkaitan: DJ Sonic Menemplak Wanita Mahu Boikot Fazura – ‘Perempuan Bertudung Tulis Begini? Jahat Manusia Sekarang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] DJ Sonic Terharu Fazura Hadiahkan Kasut Boot – ‘Setiap Kali Bercuti Pasti Ada Manis-Manis Untuk Kawan-Kawan’
Hentam & hina

Menerusi hantaran di Threads, DJ Sonic atau nama sebenarnya Awang Suffian Awang Hussein mendedahkan bahawa kebanyakan akaun palsu tersebut menggunakan modus operandi serupa, iaitu dengan memuat naik kecaman dan hinaan.
Semakin banyak pula akaun palsu kebelakangan ini.
Bila nama Fazura disebut, terus muncul pelbagai akaun yang kadang-kadang pengikutnya pun tak sampai 10 orang.
Ada juga yang diwujudkan khas untuk menghentam.
Modus operandi mereka sama sahaja, hentam dan hina dengan menggunakan kapsyen yang hampir serupa di setiap komen.
‘Block’ sahaja

Dalam hantaran yang sama, dia turut mengingatkan orang ramai agar tidak memberi perhatian, menghentikan perkongsian (share) dan terus menyekat akaun berkenaan.
Kita semua jangan layan, jangan repost, dan terus block sahaja.
Simple, boleh ‘screenshot untuk simpanan, tapi jangan post.
Sebab itu hanya buat dosa makin berkembang.
Biarlah mereka dengan sistem mereka.
Sumber: Threads DJ Sonic
The post DJ Sonic Berang Nama Fazura Terus ‘Ditunggang’ Akaun Palsu – ‘Jangan Layan, Jangan Repost & Terus Block’ first appeared on OHBULAN!.





