Pelakon filem Sore Istri Dari Masa Depan, Dion Wiyoko mengakui terharu apabila ada peminat yang sanggup berulang kali ke panggung wayang untuk menonton naskhah berkenaan.
Artikel Berkaitan: Filem ‘Sore: Istri Dari Masa Depan’ Wakili Indonesia Ke Oscar 2026
27 kali tonton

Dion, 41, yang juga memainkan peranan utama menerusi watak Jonathan berkata, dia menerima banyak maklum balas positif daripada penonton.
Ketika saya mendapat tahu ada peminat yang datang ke panggung sehingga 27 kali untuk tonton Sore Istri Dari Masa Depan, saya begitu terkejut.
Saya tidak menyangka filem ini mampu menjadi medium untuk peminat ‘healing’. Sangat terharu dan dalam masa bangga.
Saya menerima maklum balas daripada penonton mengatakan meskipun mereka berulang kali menonton, namun persepsi terhadap filem ini sentiasa berbeza.
Mungkin itu yang membuatkan ada segelintir peminat mahu ke panggung berulang-ulang kali.
Dion berkata demikian ketika ditemui di malam gala tayangan filem Sore Istri Dari Masa Depan yang berlangsung di GSC, Mid Valley, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Dalam pada itu, Dion memberitahu tidak sukar untuk menemui titik keserasian dengan gandingannya, Sheila Dara yang memegang watak Sore memandangkan mereka sudah pernah bekerjasama sebelum ini. hi
Tidak susah untuk kami bergandingan kerana kami pernah bekerjasama sebelum ini. Ada beberapa naskhah sebelum ini kami berlakon bersama.
Meskipun sudah serasi namun kami tetap berdepan sedikit cabaran untuk membangunkan karakter masing-masing dalam filem ini.
Sore Istri Dari Masa Depan melakar sejarah baharu apabila dipilih sebagai wakil rasmi Indonesia ke Anugerah Academy (Oscar) ke-98 dalam kategori Best International Feature Film.
Filem arahan Yandy Laurens itu diperluaskan ke pasaran Malaysia dan bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 25 September dengan Primeworks Studios bertindak sebagai rakan pemasaran.
The post Dion Wiyoko Terharu Peminat 27 Kali Ke Wayang Tonton ‘Sore Istri Dari Masa Depan’ first appeared on OHBULAN!.





