Pelakon Diana Rafar meluahkan rasa syukur kerana terpilih menjadi antara insan yang membantu individu memeluk Islam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diana Rafar Kongsi Momen Bimbing Wanita Lafaz Syahadah – ‘Selamat Tahun Baru Buat Keluarga Baru Kita’
Artikel Berkaitan: Diana Rafar Islamkan Seorang Wanita, Mengalir Air Mata Luah Rasa Syukur
‘Memang saya down’

Ketika ditemui , pemilik nama Diana Abdul Rafar, 44, mengakui pernah berputus asa dek komen negatif netizen yang mempersoalkan dirinya tidak layak untuk berdakwah.
Memang saya down, kadang-kadang saya tak live dua tiga bulan.
Kali ini dah empat ke lima bulan saya tak live sebab ayat-ayat seperti ‘kau bukan ustazah, siapa kau untuk kongsi benda-benda macam ini? Betul ke ada hadis? Ustaz pun tak cakap.
Diana berkata demikian ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa di Rumah Lauk, Nafoura Hall di Shaftsbury Putrajaya pada Sabtu.
Bagaimanapun selepas mendapat nasihat daripada agamawan termasuk Jabatan Agama Islam dan mufti, isteri kepada pelakon Zamarul Hisham ini akhirnya kembali bersemangat dan yakin meneruskan dakwahnya.
Mereka yakinkan saya, bila kita nak buat kebaikan, kita tak perlu tunggu jadi baik atau jadi ustazah dulu. Tak perlu ada gelaran untuk sebarkan benda baik.
Saya ini pendosa, tak ada kebaikan apa yang saya buat. Tapi dengan benda-benda macam ini saya rasa boleh bantu saya dekatkan diri dengan Allah.
Ujar Diana lagi, perkongsiannya di media sosial tentang Islam mendapat perhatian ramai dan disebabkan itu dia nekad untuk terus istiqamah.
Bila saya kongsikan tentang Mekah dan Madinah dan kehebatan selawat-selawat, orang nak dengar perkongsian saya serta jadi viral.
Jadi kenapa perlu saya berhenti? Kenapa perlu saya rasa give up, malu, rasa rendah diri? Sedangkan saya kena tengok di mana banyak yang positif daripada yang negatif.
Kalau saya berhenti, tak kasihan ke mereka yang sedang beramal dengan perkongsian saya.
The post Dianggap ‘Tak Layak’ Bantu Individu Peluk Islam, Diana Rafar Pernah Putus Asa – ‘Tak Perlu Ada Gelaran Untuk Sebar Kebaikan’ first appeared on OHBULAN!.





