30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dia Nak Farah’ – Rakan Universiti Nafi Penjawat Awam Adalah Teman Lelaki Nur Farah Kartini

    Shopee Sale



    Nur Farah Kartini

    Seorang individu yang mengaku rakan Nur Farah Kartini menyangkal dakwaan mengatakan penjawat awam yang direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan adalah teman lelaki arwah.

    Bukan kekasih Farah

    Nur Farah Kartini

    Menerusi satu tangkapan skrin layar yang tular, rakan Farah menafikan berapa laporan berita yang mendakwa lelaki berkenaan adalah kekasih arwah.

    Tolong jangan percaya headline kekasih Farah. Dia bukan kekasih Farah.

    Sementara itu, menerusi satu lagi tangkapan skrin layar, individu sama mendakwa lelaki yang direman itu ada menyimpan perasaan terhadap Farah.

    Dia bukan teman lelaki Farah. Dia nak Farah, tapi Farah tak nak dia.

    Terdahulu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, jam 6 petang Isnin.

    10 Julai lalu, polis menerima laporan berhubung kehilangan Farah berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada 1.56 pagi.

    MENARIK:  [VIDEO] Selubung Kepala Dengan Kain Macam Bertudung, Netizen Terpegun Lihat Kecantikan Song Ji-Hyo – ‘Makin Tua, Makin Cantik’

    Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar hitam dan dipercayai hilang selepas menghantar kereta sewa.

    Pagi Selasa, polis telah menahan seorang individu lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan.

    Lelaki terbabit yang disyaki membunuh wanita berkenaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah