33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dia Isteri Yang Halal, Hak Saya Untuk Cium’ – Fazziq Muqris Ambil Iktibar Video Di Hyrox Tular

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyampai radio, Fazziq Muqris memberikan respon berhubung video mesra dia bersama isteri, Sharifah Areeqa yang mendapat perhatian ramai baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Ramai Terpesona Dengan Badan Fit, Isteri Fazziq Muqris Kongsi Rutin ‘Workout’

    Artikel Berkaitan: Fazziq Muqris Kini Suami Sharifah Areeqa

    Respon Fazziq

    Ketika ditemui Fazziq atau nama lengkapnya, Muhammad Fazziq Muqris Mohd Shariff, 26, berpandangan tindakan tersebut tidak keterlaluan berikutan Areeqa adalah isterinya yang sah.

    Bagaimanapun, Fazziq memahami reaksi segelintir warganet yang kurang senang dan akan tetap mengambil iktibar daripada isu tersebut dengan tidak akan mengulanginya lagi di masa hadapan.

    Saya tahu perkara ini nampak seperti melampau, tetapi bagi saya ia tidaklah terlalu keterlaluan. Pada saya dia isteri yang halal, hak sayalah nak cium pipi atau mulut dia.

    Tapi saya rasa dia post sebab bangga saya sebagai suami dia. Mungkin selepas ini kami akan lebih berhati-hati. Jika netizen tidak menyukai perkara tersebut, kami tidak akan mengulanginya lagi.

    Bagi pihak kami, saya memohon maaf dan akan lebih berjaga-jaga selepas ini.

    Setakat ini, Alhamdulillah tiada mesej peribadi yang keterlaluan. Namun di ruangan komen memang ada. Kami ambil sebagai iktibar dan pengajaran untuk tidak mengulangi perkara sama.

    Fazziq berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Kata Hati yang berlangsung di Petaling Jaya pada Selasa.

    MENARIK:  Nabila Razali Ceriakan Hari Pertama Sekolah, Kongsi Mesej Positif Melalui Lagu #BalasBaik

    Dalam pada itu, Fazziq mengakui bahawa isterinya sedikit terkesan dengan perkara tersebut namun, dia tetap menasihati Areeqa supaya tidak mengendahkan komen-komen negatif.

    Saya juga berpesan kepada isteri supaya jangan beri sebarang reaksi. Jika dilayan, orang lain akan rasa ‘menang’. Tetapi jika kita tidak melayan, perkara itu akan berlalu begitu sahaja.

    Sebagai suami, saya merasakan tanggungjawab saya untuk menjaga hati dan memujuknya ketika dia berasa sedih.

    Bukan memperkecilkan perasaannya, tetapi memberi penjelasan dengan baik. Itulah yang saya lakukan.

    Terdahulu, kemesraan Fazziq dan isterinya, menjadi perhatian ramai selepas wanita itu memuat naik video sebagai tanda sokongan terhadap kejayaan suaminya menyertai pertandingan Hyrox.

    Bagaimanapun, tindakan pasangan itu bercium mulut mengundang kritikan segelintir netizen yang berpendapat ia tidak sesuai untuk tontonan umum, meskipun mereka merupakan suami isteri.

    Sekadar info, Fazziq selamat bergelar suami kepada Areeqa pada 22 November tahun lalu dengan sekali lafaz.

    Areeqa merupakan seorang pempengaruh dan mula berkenalan dengan Fazziq sejak tahun 2019.

    The post ‘Dia Isteri Yang Halal, Hak Saya Untuk Cium’ – Fazziq Muqris Ambil Iktibar Video Di Hyrox Tular first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah