31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Demi ‘Bila Cinta Menjadi Dosa’, Marc Syahmie Cabar Diri Masuk Peti Mayat – ‘Saya Takut Tempat Gelap & Sempit’

    Shopee Sale

    Pelakon muda Marc Syahmie berkongsi pengalaman mencabar sepanjang penglibatannya dalam drama Bila Cinta Menjadi Dosa.

    Artikel Berkaitan: Shuhaimi Lua Puas Hati Pilih Sarimah Ibrahim – ‘Hanya Dia Yang Mampu Bawa Watak Penyondol Berkelas’

    Masuk dalam peti mayat

    Membawakan watak Amar, Marc mengakui berasa sangat gementar apabila dimaklumkan perlu menjalani penggambaran di dalam peti mayat sebenar milik hospital.

    Bila mula-mula dapat tahu ada babak dalam peti mayat, saya memang berdebar. 

    Tambah saya diberitahu, sehari sebelum penggambaran peti mayat itu memang ada digunakan untuk mayat sebenar.

    Saya bukan takut sebab ia peti mayat, tetapi kelemahan saya dari kecil memang takut tempat sempit dan gelap. Keadaan itu akan menyebabkan saya sesak nafas secara tiba-tiba.

    Banyak kali juga saya keluar masuk dalam itu. Tapi saya bersyukur sebab akhirnya dapat atasi ketakutan yang saya ada sejak kecil.

    Menurut Marc, cabaran tersebut menjadi lebih sukar apabila dia perlu dimasukkan ke dalam beg plastik mayat sebelum ditempatkan di dalam peti mayat berkenaan bagi menjayakan babak tersebut.

    Keadaan memang sangat mengerunkan untuk saya. Saya dimasukkan dalam beg plastik mayat warna putih, kena zip, kemudian diletakkan dalam peti mayat dan pintu ditutup.

    Bayangkan beberapa minit saya duduk seorang diri dalam keadaan sejuk, sempit dan gelap. Masa itu saya betul-betul rasa seperti mayat.

    Marc Syahmie beranikan diri

    Bagaimanapun, Marc berkata dia tetap berusaha sehabis baik bagi menjayakan watak tersebut.

    Saya kena kawal pernafasan dan tenangkan diri. Ingatkan babak itu mudah, tapi sebenarnya perlukan keberanian dan kekuatan mental juga.

    Alhamdulillah saya berjaya lakukan. Ini pengalaman baru untuk saya sebagai pelakon dan bukan semua orang dapat rasa pengalaman seperti ini.

    Bukan itu sahaja, Marc mengakui bahawa babak tersebut secara tidak langsung membuatkan dia lebih menghargai kehidupan dan menginsafi tentang kematian.

    Sejujurnya banyak saya belajar dan insaf. Masa berlakon jadi mayat itu, terdetik juga dalam hati, kalau suatu hari nanti saya sudah tiada, mungkin beginilah keadaannya.

    Dalam peti itu saya banyak berselawat dan berzikir. Situasi memang sangat real. Bila saya dikeluarkan dan dengar pelakon lain menangis, walaupun mata terpejam saya boleh rasa suasana itu macam betul-betul berlaku meski sekadar lakonan,” katanya.

    Mengulas mengenai kemungkinan berlaku perkara mistik atau ‘badi’, Marc bagaimanapun memaklumkan sepanjang penggambaran berlangsung, semuanya berada dalam keadaan baik.

    Setakat ini tiada apa-apa berlaku. Cuma pihak produksi ada nasihatkan saya mandi dan bersihkan diri untuk elak benda tidak baik ikut, tapi semua okay.

    Dalam drama Bila Cinta Menjadi Dosa, Marc bergandingan bersama Che Puan Sarimah Ibrahim yang memegang watak sebagai ibunya.

    MENARIK:  [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Bekas Suami Datang Rumah Bekas Isteri Untuk Jumpa Anak

    Drama bersiri 30 episod yang disiarkan menerusi slot Lestary TV3 itu bakal menemui episod akhir malam ini. Selain Marc dan Sarimah, karya tersebut turut dibarisi pelakon seperti Zamarul Hisham, Jasmin Hamid, Siti Elizad, Alya Iman, Zairi Aziz, Nelissa Nizam dan Maria Farida.

    The post Demi ‘Bila Cinta Menjadi Dosa’, Marc Syahmie Cabar Diri Masuk Peti Mayat – ‘Saya Takut Tempat Gelap & Sempit’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah