Pelakon dan usahawan Betty Rahmad tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku susulan ada pihak mendakwa dirinya berkelakuan biadap semasa mengunjungi sebuah booth di Celebfest, Singapura.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Dakwa Betty Rahmad Biadap, Tuntut Permohonan Maaf Segera – ‘Tahun Lepas Kakak Kau, Tahun Ini Kau Pula’
Betty nafi bersikap biadap

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Betty atau mama lengkapnya Norsha Rahmad Ali menafikan dakwaan bahawa dia menggunakan nada tinggi kepada penjual tersebut. Sebaliknya, ungkapan ‘I want this’ itu ditujukan kepada rakannya.
Demi Allah, bulan Ramadan, saya tak pekik. Saya tidak jerit dekat sales girl itu.
Saya bercakap dengan kawan saya cara nak minta dekat orang. Dia (kawan) tak boleh expect duduk situ dan orang datang dekat dia.
Jadi, saya cakap dekat kawan saya ‘I want this’ macam itu cara untuk minta. Saya percaya korang ada yang kawan jenis introvert, tak tahu nak bercakap.
Dalam pada itu, adik kepada pengarah Erma Fatima ini mempersoalkan tindakan pemilik kedai tersebut yang hanya menceritakan sebahagian situasi tanpa menyertakan konteks menyeluruh.
Dalam video yang owner itu buat, sangat berbeza, tak berasas, menimbulkan fitnah, syak wasangka, scenario yang berbeza dengan cerita yang saya.
Owner kata saya pergi ke kaunter dan cakap ‘I want this!’, sampai situ saja. Tak ada cerita selepas atau sebelum itu.
‘Kalau ada apa-apa boleh DM’

Susulan itu, Betty secara terbuka memohon maaf sekiranya tindakannya itu mengguris hati kakitangan jualan terbabit.
Untuk sales girl tu saya minta maaf kalau mengguris hati awak, kalau ada apa-apa kita boleh DM dan selesaikan secara baik.
Perkara ni memang beri kesan kepada nama saya, bisnes saya sampai ada yang nak boikot. Nak baca komen dekat media sosial pun saya tak sanggup.
Saya tak pernah viral dan ada masalah dengan orang sampai macam ni. Saya dah jelaskan jadi terpulang pada korang nak tentukan. Hati-hati dengan kata-kata korang.
Sebelum ini, tular video seorang iindividu yang dikenali sebagai Alif meluahkan rasa berang apabila mendakwa pelakon berusia 44 tahun itu meninggikan suara pada pekerjanya.
Alif kemudian menyeru Betty untuk membuat permohonan maaf susulan tindakannya yang didakwa biadab.
Sumber: TikTok Betty Rahmad
The post ‘Demi Allah, Saya Tak Pekik..Video Itu Tak Berasas & Timbulkan Fitnah’ – Betty Rahmad first appeared on OHBULAN!.





