Pelakon, Deanna Yusof menegaskan sambutan Hari Krismas mempunyai makna tersendiri dalam hidupnya, meskipun dia kini menetap di Asia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pakai Topi Santa Claus & Main Tukar Hadiah, Netizen Dakwa Mona Allen & Pekin Sambut Krismas?
Perjelas raikan Krismas

Pernah dibesarkan di Switzerland, aktres berdarah kacukan itu berkata, perayaan Hari Natal bukan sekadar tradisi atau berkait dengan agama, sebaliknya sudah ‘hidup’ dalam jiwanya sejak kecil.
Menurut Deanna, Krimas sentiasa membawa erti yang besar kerana sarat dengan kenangan dan rasa kekeluargaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Jika anda sedang meraikan Krismas, semoga dihujani rasa cinta, keindahan dan keajaiban yang bermakna.
Hari Krismas sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam jiwa saya. Bukan kerana agama atau tradisi, tetapi kerana perasaan dalam diri saya.
Deanna berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Tambah Deanna, meskipun kini tidak lagi menetap di Eropah, kenangan membesar di kawasan desa Switzerland yang dilitupi salji masih kuat tersemat dalam ingatannya.
Saya membesar di kawasan desa Switzerland yang diselimuti salji, di mana Krismas sangat bermakna tentang keluarga, kebersamaan dan kegembiraan yang menyentuh jiwa.
Dalam pada itu, Deanna mengakui sering menerima pertanyaan daripada orang ramai yang mempersoalkan tindakannya meraikan perayaan tersebut.
Bagi saya, Krismas bukan sekadar perayaan tetapi adalah musim keberadaan, rasa memiliki dan kehangatan. Selama bertahun-tahun, ada yang mengangkat kening dan bertanya, ‘kenapa awak sambut hari Krismas?.
Jawapan saya mudah, kerana saya memilih untuk menghormati apa yang memberi cahaya dalam diri saya. Semua itu memberi kenangan dan perasaan yang terpahat dalam diri saya.
Sebahagian daripada insan yang pernah meraikannya bersama saya kini telah tiada. Ada juga tahun di mana saya tidak berada di Switzerland. Krismas hidup dalam diri saya dan tiada siapa yang mampu merampasnya.
Sumber: Instagram
The post Deanna Yusof Perjelas Sebab Raikan Hari Natal – ‘Saya Pilih Untuk Hormati Apa Yang Memberi Cahaya ..’ first appeared on OHBULAN!.





