27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    David Bayu Teruja Nak ‘Perform’ Di Festival Muzik Nyalafest 2024

    Shopee Sale



    Festival Muzik Nyalafest 2024 yang bakal berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu ini bakal dihangatkan lagi dengan penampilan penyanyi terkenal dari Indonesia, David Bayu.

    David teruja nak ‘perform’

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Nyala Fest (@nyalafest)

    Lebih teruja, bekas vokalis band Naif itu juga akan membuat persembahan selama satu jam bersama barisan pemuzik pengiring bagi menghiburkan para peminat pada konsert berkenaan.

    Menurut jurucakap penganjur yang juga merupakan pengasas Wolfstrike Brothers, Fizzany Adnan, pemilihan David adalah demi memenuhi permintaan peminat di negara ini.

    David sangat teruja dan tidak sabar untuk menghiburkan peminat di Kuala Lumpur dengan rangkaian lagu hit nanti.

    Penampilan David juga melengkapkan lagi barisan artis terkenal dari dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia untuk menyemarakkan Festival Muzik Nyalafest.

    Pelbagai aktiviti menarik disediakan

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Nyala Fest (@nyalafest)

    Berkongsi menegenai festival yang bakal berlangsung, Fizzany memaklumkan pelbagai aktiviti menarik disediakan di bahagian luar stadium buat para pengunjung yang hadir.

    Aktiviti akan bermula seawal jam 10 pagi dengan sesi perkongsian daripada mereka yang berpengalaman dalam industri seni untuk berkongsi ilmu iaitu pengarah filem, Nik Amir Mustapha, Gilang Propagila (zine), Adib Azfar (The Fatalis) dan Rezavebrian (grafik) dan Kukubesi (grafik).

    Orang ramai di luar stadium juga boleh menonton persembahan hiburan dari band Oki Rama dan penyanyi lagu runut bunyi (OST) filem Babah, Panji Sakti secara percuma antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang.

    Selain acara cabutan bertuah menanti pengunjung, ada pelbagai gerai menjual makanan dan minuman disediakan untuk orang ramai di luar stadium.

    Sementara itu, Festival Muzik Nyalafest 2024 ini juga bakal menampilkan barisan artis terkenal Indonesia seperti Feby Putri, Pamungkas, Bernadya, Diskoria, Romantic Echoes, Bilal Indrajaya dan Fugo, manakala artis tuan rumah pula dibarisi Noh Salleh X Restoe Iboe.

    MENARIK:  Leona Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman – ‘Jangan Anggap Kami Ada Pertalian Darah, Kami Akan Ada Pandangan Sama’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah