33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Daniel Cheang Mohon Maaf, Dikritik Tak Pandai Mengacara E-Sport

    Shopee Sale

    Pengacara dan juga pelakon, Daniel Cheang tampil memohon maaf selepas menerima kecaman ketika mengacara Mobile Legends Professional League (MPL) Malaysia Season 15 (S15), baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: ‘Nak Jadi Bomba Mana Boleh Manja’ – Daniel Cheang Digelar ‘Budak Sunat Lazer’

    Minta maaf

    Akui kelemahannya dalam mengacarakan acara e-sukan, Daniel tidak menafikan gaya pengacaraan untuk hiburan memang berbeza dengan MPL.

    Saya nak minta maaf sebab banyak kekurangan dari pihak saya.

    Saya memang kurang biasa dengan acara e-sukan tetapi diberikan peluang bukan sebab orang dalam tetapi pernah mengacara M6 outdoor stage.

    Selaku pengacara pelatih MPL, saya terima segala maklum balas dan akan perbaiki kelemahan diri.

    Dalam pada itu, Daniel turut menyatakan hubungannya bersama rakan pengacaranya pada malam itu iaitu Rose yang dikenali sebagai ‘The Trilingual Queen’ MPL Malaysia berada dalam keadaan baik.

    Mereka semua sangat aktif memberikan sokongan.

    Saya juga insan biasa yang ada salah dan silap.

    Sebelum ini, peminat MPL mengecam Daniel kerana gaya pengacaraannya tidak sesuai untuk acara e-sukan hingga dia terpaksa menutup komen di Instagram.

    MENARIK:  Iqbal Zulkefli Akan Meneruskan Pengajian di Mesir dalam Bidang Syariah Islam, Risau Memisahkan Diri dari Anak- Anaknya.

    Sumber: TikTok (1), (2)

    The post Daniel Cheang Mohon Maaf, Dikritik Tak Pandai Mengacara E-Sport first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah