29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Daiyan Trisha Tak Ambil Hati Netizen Minta Berhenti Menyanyi – ‘Saya Tahu Ramai Yang Suka Dengan Lagu-Lagu Saya’

    Shopee Sale



    Daiyan Trisha

    Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha tidak mengambil hati dengan kritikan segelintir wargamaya yang menyarankan dia untuk berhenti menyanyi dan hanya fokus dengan bidang lakonan.

    Berhenti menyanyi

    Daiyan Trisha

    Daiyan, 32, berkata, di sebalik kecaman yang dilemparkan, dia percaya masih ramai peminat yang menyokong dan mahu melihat dirinya terus berjaya dalam bidang seni suara.

    Saya tidak ambil hati dengan komen sebegitu (negatif), mereka sekadar mahu bercakap sahaja. Tetapi saya percaya, lebih ramai yang menyokong berbanding tidak.

    Saya tahu ramai yang suka dengan lagu-lagu saya terutama lagu raya saya tahun ini. Komen itu juga tidak memberikan sebarang kesan kepada diri.

    Daiyan berkata demikian ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Media Prima, pada Selasa.

    MENARIK:  Anak Saudara Dedah Azar Azmi ‘Resign’ Dari Berlakon, Nafi Sudah Berkahwin – ‘Masa Raya Atau Kenduri Je Dia Muncul’

    Dalam pada itu, Daiyan meluahkan rasa gembira dengan sambutan baik yang diberikan peminat terhadap lagu raya sulung miliknya berjudul ‘Jom Raya’ yang dilancarkan sejak Ramadan lalu.

    Sudah hampir cecah 2 juta tontonan, alhamdulillah rasa bersyukur sangat. Ini merupakan tahun pertama saya keluarkan lagu raya.

    Walaupun pada awalnya agak perlahan, namun lama-kelamaan semakin ramai gunakan lagu ini dalam posting media sosial masing-masing.

    Ada juga yang kata lagu ‘Jom Raya’ merupakan lagu raya kegemaran untuk tahun ini.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah