27.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dafi Kongsi Fasa Gelap Dalam Hidup Menerusi ‘Monolog Aku’, Pernah Anggap Diri Beban Keluarga

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon, Dafi berani membuka sisi paling peribadi dalam hidupnya menerusi pementasan teater Projek Tentang Rasa dalam sketsa bertajuk Monolog Aku yang sarat dengan kisah sebenar dirinya.

    Artikel Berkaitan: Dafi Fobia Timbang Berat Badan, Dedah Pernah Jadi Mangsa ‘Body Shaming’ – ‘Balik Rumah, Nangis Dalam Bilik Air’

    100 kisah sebenar

    Dafi, 38, berkata, monolog yang dipersembahkan itu bukan sekadar lakonan semata-mata, sebaliknya refleksi jujur fasa hidup yang pernah dilaluinya dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

    Cerita itu memang berdasarkan pengalaman sebenar saya. Ada masa kita rasa kita kuat, tapi sebenarnya kita hanya menafikan apa yang kita rasa. Jauh di sudut hati, perkara itu mengganggu dan buat saya rasa sangat ‘down’.

    Dafi berkata demikian ketika ditemui pada sesi pratonton pementasan teater Projek Tentang Rasa bersama media di Damansara Performing Art Centre, pada Khamis.

    Dalam pada itu, Dafi mengakui fasa paling sukar dalam hidupnya berlaku sekitar dua tahun lalu, ketika keadaan fizikalnya kurus. Malah, keseluruhan penceritaan dalam monolog tersebut adalah gambaran jujur dirinya.

    Dalam salah satu babak, Dafi memaparkan adegan memakan pil sebagai simbol tekanan emosi yang dialaminya, namun babak tersebut hanyalah metafora bagi menggambarkan tahap stres yang dihadapi, bukan perbuatan sebenar.

    Ia cuma simbol. Alhamdulillah saya masih ingat Tuhan. Cuma pemikiran ‘bagaimana jika’ itu pernah terlintas. Hakikatnya, setiap orang ada tahap stres yang berbeza walaupun dari luar nampak baik-baik sahaja.

    Mengulas bagaimana dia melalui tempoh sukar itu, Dafi bersyukur kerana dikelilingi sistem sokongan yang kuat terdiri daripada keluarga, rakan-rakan dan pihak pengurusan yang sentiasa memastikan dirinya tidak terpesong jauh.

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Syukri Panik Disergah Lelaki Tak Dikenali, Siap Bawa Pisau & Nak Tunjuk Kemaluan

    Malah, Dafi tidak menolak kepentingan mendapatkan bantuan profesional sekiranya diperlukan dan melihat pertemuan dengan pakar sebagai satu langkah positif.

    Saya tiada kesempatan kerana sokongan yang ada sudah cukup membantu. Tapi kalau keadaan berpanjangan, saya tak menolak untuk berjumpa pakar.

    Dafi turut mengakui pernah berada pada satu tahap di mana dia mempersoalkan kewujudan dan nilai dirinya, termasuk sumbangan kepada keluarga serta industri seni.

    Saya rasa macam tidak menyumbang apa-apa kepada keluarga, rasa jadi beban. Bila tengok kejayaan ayah dan adik-beradik, saya bandingkan diri sendiri dan lupa untuk bersyukur dengan apa yang saya ada.

    Saya jenis simpan. Dalam apa jua situasi, saya lebih suka bawa ‘happy vibe’. Nak ceritakan masalah sendiri bukan perkara mudah.

    Projek Tentang Rasa menyajikan empat naskhah teater yang berdiri sendiri namun disatukan melalui tema utama iaitu rasa iaitu naskhah Posessif, Paling Comel, Monolog Aku dan Gugurnya Bunga Rindu.

    Setiap naskhah membawa sudut pandang emosi yang berbeza berlekatan kisah cinta, kehilangan, kerinduan, ketakutan dan kejujuran terhadap diri sendiri.

    Projek Tentang Rasa dipentaskan bermula 6 hingga 8 Februari 2026 di Damansara Performing Arts Centre (DPAC).

    The post Dafi Kongsi Fasa Gelap Dalam Hidup Menerusi ‘Monolog Aku’, Pernah Anggap Diri Beban Keluarga first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah